Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MWC 2017 | Meizu Cipta Pengecas Bateri Telefon Terpantas Di Dunia

MWC 2017 | Meizu Cipta Pengecas Bateri Telefon Terpantas Di Dunia

Diterbitkan Mac 1, 2017 · Dikemas kini Mac 1, 2017 oleh Helmi Samsuri

Satu persatu teknologi diperkenalkan pada acara MWC 2017. Syarikat teknologi gergasi masing-masing memperagakan keupayaan produk ciptaan mereka.

Meizu, sebuah syarikat berpengkalan dari China tidak melepaskan peluang membawa teknologi baru pada acara kali ini.

Teknologi yang diberi nama Super mCharge itu merupakan satu teknologi pengecasan pantas bagi telefon pintar. Bateri telefon mampu di cas dari 0% hingga 60% dalam masa hanya 10 minit sahaja.

Untuk pengecasan penuh pula, anda hanya perlu tunggu selama 20 minit. Pantas bukan?

gsmarena_004

Super mCharge merupakan teknologi pengecasan generasi ke-4 dari Meizu, dan kali ini syarikat itu menggunakan voltan tinggi-arus terus (HVDC), sistem transmisi kuasa elektrik.

Meizu turut memberitahu, pengecas itu mempunyai port 11V/5A yang mampu mengeluarkan kuasa sehingga 55W. Model pengecas pantas yang berada dipasaran sekarang adalah:

  • VOOC dari OPPO
  • TurboCharger dari Moto

yang masing-masing menghasilkan kuasa maksimum sehingga 25W. Jadi anda boleh bayang perbezaan yang ketara bukan?

gsmarena_002

Penambahbaikan pada kabel USB juga dilakukan supaya pengecas ini mampu digunakan sehingga 10,000 kali pengecasan dan bertahan untuk arus elektrik berkuasa 160W.

Ada sesetengah pihak yang tertanya-tanya sama ada bateri akan mencair atau tidak jika menggunakan pengecas ini, tetapi Meizu mendakwa suhu maksimum ketika proses pengecasan adalah sekitar 39C’.

Ini bermakna, pengguna masih mampu menggunakan telefon pintar dalam keadaan dicas dan ia selamat tambah syarikat berkenaan.

Menurut Li Tao salah seorang ahli pasukan penyelidikan dan pembangunan Meizu, pengecas ini merupakan pengecas paling pantas pernah dihasilkan di dunia dan ia juga pengecas paling selamat untuk digunakan.

Sumber: GSM Arena

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY