Meizu 16 Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin, Dilancarkan Pada 26 Ogos Ini

Selepas Vivo memperkenalkan teknologi pengimbas cap jari di dalam skrin pada peranti X20 Plus UD, beberapa pengeluar lain turut menggunapakai teknologi itu pada peranti mereka. Sebuah lagi syarikat pengeluar dari China iaitu Meizu, juga tidak mahu ketinggalan dari menggunakannya.

Meizu sebelum ini telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah peranti baru iaitu Meizu 16. Dan seorang pengguna Twitter yang juga merupakan kaki tiris, @bang_gogo telah mendedahkan penggunaan pengimbas cap jari dalam skrin pada peranti berkenaan.



Melihat pada kiriman tersebut, kita dapat melihat dua peranti yang dikatakan peranti Meizu 16 namun cuma satu daripadanya yang memaparkan imej pengimbas cap jari pada skrin. Ini memberi gambaran bahawa peranti ini akan mempunyai dua versi yang berbeza.

Menurut GizmoChina, Meizu 16 akan hadir dengan versi Standard atau biasa dan versi Lite. Versi biasa akan menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 845 serta mempunyai dua pilihan variasi 6GB RAM + 64GB ROM dan 8GB RAM + 128GB ROM. Manakala bagi versi Lite pula, ia bakal hadir dengan cip kelas pertengahan Snapdragon 710 namun tidak akan menggunakan pengimbas cap jari pada skrin.


Imej tidak rasmi (Kredit : GizmoChina)


Dari segi kamera pula, Meizu 16 ini dikatakan akan menggunakan kamera utama dwi-lensa 12MP + 12MP serta lensa 20MP dengan sokongan AI pada kamera swafoto. Peranti ini dijangka akan dijual pada harga CNY 2,999(~RM 1,830) bagi variasi 6GB RAM dan CNY 3,299(~RM 2,010) bagi 8GB RAM. Harga bagi versi Lite pula masih belum diwar-warkan.

Sumber