MediaTek Umum Cip Pemproses Baharu Untuk Chromebook

MediaTek baru sahaja mengumumkan cip Dimensity 700 untuk peranti kelas pertengahan. Mereka turut umum cip pemproses generasi baharu khas untuk Chromebook - MT8192 dan MT8195.

Cip ini masing-masing menggunakan seni bina 7nm dan 6nm. Cip ini mengintegrasikan unit pemprosesan AI prestasi tinggi (APU) untuk prestasi yang dipertingkatkan seperti pengurangan bunyi, pemisahan gambar dan video serta kawalan gesture.



Kedua-dua cip ini turut hadir dengan pemproses isyarat digital audio khusus (DSP) yang membolehkan ultra-low-power voice wake-up (VoW) untuk pembantu suara.

Turut terbina dengan isyarat pemproses HDR yang sesuai untuk pembangun membangunkan kamera pada Chromebook.

MediaTek8195


Cip berasaskan pemproses 6nm TSMC ini diintegrasikan teras okta termasuk 4 teras Arm Cortex-A78 untuk komputensi aplikasi yang intensif. Manakala 4 teras Arm Cortex-A55s mampu memberikan hayat bateri yang baik.

Turut hadir dengan GPU Arm-Mali G57 teras quad dan sokongan memori 2133Mhz LPDDR4X. Ia juga menyokong Dolby Vision, audio 7.1 dan codec AV1.

MediaTek8192


Cip teras okta ini adalah termasuk 4 teras Arm Cortex-A76 dan 4 Arm Cortex-A55 untuk berikan antara prestasi dan penggunaan kuasa yang seimbang.

MediaTek APU 2.0 akan memberi prestasi maksimum sehingga 2.4TOP untuk MT8192.  Ia juga dilengkapi GPU Arm-G57 teras quintuple, 2133MHz LPDDR4x dan storan UFS 2.1.

Tambahan lagi, cip ini dapat menyokong sehingga dua paparan Full HD secara serentak dan kedua-dua cip ini juga sokong PCI-Express Gen 3 serta USB 3.2 Gen 1.

Sumber: MediaTek