Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MediaTek G100

MediaTek Perkenal Cip Helio G100 Untuk Peranti Kelas Permulaan

Diterbitkan Ogos 8, 2024 · Dikemas kini Ogos 8, 2024 oleh Amalina Athman

MediaTek secara rasmi mengumumkan cip Helio G100, mendedahkan ia membawa spesifikasi yang hampir sama dengan pendahulunya.

Dibina dengan nod proses 6nm, MediaTek G100 dilengkapi CPU lapan teras dengan 2× Cortex-A76 (sehingga 2.2GHz) dan 6× Cortex-A55 (2.0GHz). Untuk pemprosesan grafik, ia hadir dengan Mali-G57 MC2.

Cip ini menggunakan RAM LPDDR4x dan storan UFS 2.2, serta menyokong kadar segar semula 120Hz dan maksimum resolusi paparan 2520 × 1080.

Berbanding G99, Helio G100 kini menyokong kamera tunggal 200MP. Selain itu, ia juga boleh melakukan tangkapan 16MP+16MP dan rakaman video 32 MP@30 fps.

Helio G100 turut membawakan “Elevator Mode” yang membolehkan modem selular disambungkan semula dengan lebih cepat apabila muncul dari ruang tanpa liputan, seperti terowong atau lif.

Lain-lain termasuk sokongan untuk rangkaian 4G, sambungan Bluetooth 5.2, Wi-Fi 5 dan sebagainya.

Berkaitan

  • MediaTek Dimensity 8250 Dilancar, Cip Telefon Kelas Pertengahan Premium
  • MediaTek Perkenal Cip Dimensity 7300, 7300X
  • MediaTek Dilapor Sedang Bangunkan Cip ARM Untuk Microsoft
  • Redmi K70 Ultra Rasmi - Dikuasakan Mediatek 9300+, Harga Dari ~RM1,675

Sumber: MediaTek

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY