Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MediaTek Mahu Bangunkan Sistem Imbasan Wajah Mirip Apple Tetapi Untuk Peranti Murah

MediaTek Mahu Bangunkan Sistem Imbasan Wajah Mirip Apple Tetapi Untuk Peranti Murah

Diterbitkan September 10, 2018 · Dikemas kini September 10, 2018 oleh Helmi Samsuri

Ciri nyahkunci menggunakan wajah kini sudah mula popular dalam pasaran telefon pintar, tanpa mengira tanda harga, mahal mahupun murah.

Ketika ini, sistem imbasan wajah terbaik dikatakan milik Apple melalui Face ID dan hanya beberapa peranti Android mampu menawarkan prestasi yang hampir sama.

Terbaru, MediaTek mempunyai rancangan tersendiri dimana syarikat itu mahu membangunkan sistem imbasan wajah setanding Face ID. Tidak hanya terhad kepada flagship, ia juga dikatakan akan melengkapi telefon pintar kelas pertengahan mahupun mampu milik.

Dinamakan sebagai Active Stereo, sistem itu menggunakan dua lensa inframerah, algoritma pengecaman wajah yang dikuasakan dari mesin pembelajaran. Satu lagi ciri dalam sistem adalah depth-of-field acceleration engine, yang pada ketika ini digunakan pada cip Helio untuk menghasilkan selfie bokeh/beauty.

Difahamkan, projektor inframerah dan lensa Active Stereo dibangunkan oleh Himax manakala perisiannya dikendalikan oleh Vision Technology Face++.

MediaTek masih belum mengumumkan bila sistem tersebut akan dilancarkan.

Sumber: Ubergizmo

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY