Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MediaTek Dimensity 9400 Sah Dilancarkan Pada Oktober Depan

MediaTek Dimensity 9400 Sah Dilancarkan Pada Oktober Depan

Diterbitkan September 26, 2024 oleh Amsyar Latif

MediaTek menerusi laman media sosialnya di Weibo mengesahkan pelancaran cip andalan mereka, iaitu Dimensity 9400 pada 9 Oktober 2024. Dengan ini, kita dapat lihat pemproses terbaru itu terlebih dahulu sebelum Qualcomm melancarkan Snapdragon 8 Gen 4.

Walaupun dalam video acah yang dikongsikan tidak menyebut Dimensity 9400 tetapi ia memang dijangkakan memandangkan mereka menyatakan cip tersebut adalah cip andalan.

Dalam video itu lagi, MediaTek memperlihatkan CPU, GPU dan NPU di mana pemproses ini bakal memfokuskan AI.

MediaTek Dimensity 9400 Sah Dilancarkan Pada Oktober Depan

Berdasarkan laporan awal, cip ini mungkin menampilkan 8 teras yang mewakili 1 teras Cortex-X925 (3.63GHz), 3 teras Cortex-X4 (2.8GHz) dan 4 teras Cortex-A725 (2.1GHz). Tambahan lagi, pemproses grafik juga mungkin menawarkan Mali-G925 Immortalis MC12. Melihat pada spesifikasi ini, ia mirip dengan laporan penanda aras terdahulu.

Sebelum ini, peranti yang dijangka bakal menggunakan cip tersebut ialah OPPO Find X8 dan juga siri vivo X200 di mana peranti andalan vivo mungkin membuat penampilan pertama bulan hadapan juga.

Berkaitan

  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • MediaTek Dimensity 9400 Dilapor Tewaskan Prestasi Cip iPhone 16 Pro Di Ujian Awal Penanda Aras
  • Prestasi GPU iPhone 16 Pro Gagal Saingi GPU Snapdragon 8 Gen 3 Dan Dimensity 9300 - Analisis

Sumber: playfuldroid

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY