Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dimensity 9400

MediaTek Dilapor Sedia Untuk Lancar Dimensity 9400+

Diterbitkan Disember 26, 2024 oleh Amsyar Latif

Oktober lepas, MediaTek Dimensity 9400 dilancarkan secara rasmi dan ia menguasakan peranti seperti vivo X200 Pro dan siri OPPO Find X8.

Terbaru, syarikat itu dilapor sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan Dimensity 9400+. Perkara ini dikongsi pemberi maklumat terkenal, Digital Chat Station (DCS) yang mana OPPO akan melancarkan tiga peranti andalan terbaru pada pertengahan 2025.

Ia merangkumi tiga peranti dengan saiz 6.3 inci, 6.6 inci dan 6.8 inci di mana masing-masing dikuasakan cip Dimensity 9400+. Bagaimanapun, DCS tidak memperincikan spesifikasi cip tersebut.

dimensity 9400+

Sekiranya kita melihat trend terdahulu, ia sudah boleh dijangka yang cip itu akan menawarkan peningkatan kelajuan CPU dan juga GPU. Oleh yang demikian, cip Dimensity terbaru ini dapat bersaing dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dilihat memberikan prestasi cukup baik buat masa sekarang.

Dimensity 9400 mampu mencapai kelajuan CPU sehingga 3.63 GHz. Jadi, mungkin versi terbaru boleh mencapai 3.7 GHz.

Berkaitan

  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • MediaTek Dimensity 9400 Dilancar, Cip 3nm Yang Lebih Pantas
  • MediaTek Dimensity 8350 Kini Rasmi Diperkenalkan
  • MediaTek Dimensity 8400 Rasmi, Cip Berkuasa Untuk Kelas Pertengahan Premium

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Menjelang 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
©2026 WISER.MY