Terdahulu, TM telah memperkenalkan pakej Unifi pada Ogos dengan menawarkan kelajuan muat naik 200Mbps dan kelajuan muat turun 500Mbps. Bagaimanapun, terdapat aduan yang mengesan pakej tersebut telah diubah sejak 2 September 2020 dengan pengurangan kelajuan muat naik hanya 100Mbps.
https://twitter.com/SKMM_MCMC/status/1307486079906316288
Berikutan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan siasatan terhadap aduan berhubung pengurangan kelajuan muat naik pakej tersebut.
MCMC turut menyatakan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penyedia perkhidmatan jika siasatan mendapati terdapat unsur yang melanggar kepentingan pengguna.
Dalam pada itu, MCMC turut memberi jaminan siasatan isu tersebut akan dijalankan secara telus dan adil.
Sumber: MCMC
Berkaitan
- unifi Mobile Pula Sedang Mengalami Gangguan Perkhidmatan
- MCMC Pertimbang Ambil Tindakan Ke Atas Awesome TV
- MCMC: Sebar Berita Palsu, Tindakan Tegas Boleh Diambil
- MCMC: Hati-Hati Dengan Taktik Penipuan Ambil Alih Akaun WhatsApp
- Unifi Perkenal Mobile Travel Pass, Data Tanpa Had Untuk Pelancong Serendah RM30
- MCMC: Akses WiFi Percuma Dengan Kelajuan 35Mbps Bakal Dinikmati Menjelang Oktober 2021
- MCMC Keluarkan Notis Kepada 4 Syarikat Telekomunikasi
- MCMC Bekukan Pemberian Lesen Baharu Perkhidmatan Kurier Selama Dua Tahun
- Video Berbaur Provokasi Didakwa Kandungan Berbayar, MCMC Dan PDRM Panggil TikTok Beri Penjelasan
- Unifi Mobile Alami Gangguan Perkhidmatan Buat Sementara Waktu