Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Elak Sebar Kandungan Undang Ketegangan Masyarakat – MCMC

Elak Sebar Kandungan Undang Ketegangan Masyarakat – MCMC

Diterbitkan Januari 16, 2023 · Dikemas kini Januari 16, 2023 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekali lagi mengingatkan orang ramai untuk tidak menyiarkan kandungan yang boleh mengundang ketegangan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Peringatan itu dibuat ekoran sebuah video tular di media sosial ketika ini berdurasi 2:27 yang memaparkan seorang lelaki sedang melaungkan azan dalam ritual agama.

MCMC menegaskan bahawa video berkenaan didapati berasal dari luar negara dan ditular semula seolah-olah ianya berlaku di Malaysia.

MCMC mengingatkan, penyebaran kandungan berbaur provokasi dengan niat menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, kebencian, prejudis terhadap mana- mana kaum atau agama boleh menjadi kesalahan di bawah Kanun Keseksaan [Akta 574], yang boleh dikenakan hukuman denda atau penjara, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berkaitan

  • Pertama Di Malaysia, Taylor's University Lancar Jurusan Digital Alaf Baharu
  • JPN: Pengeluaran MyKid Ditangguh Enam Bulan
  • Cepat Sambar 3 'Game' Ini Sekaligus Berharga RM125.99 Secara Percuma Sekarang

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY