Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_3

Kementerian Komunikasi Dan Digital Perhalusi Isu Keselamatan Siber, Data Peribadi

Diterbitkan Disember 14, 2022 oleh Amalina Athman

Kementerian Komunikasi dan Digital dalam usaha untuk memperhalusi isu keselamatan siber bagi melindungi data peribadi pengguna daripada terdedah kepada ancaman dalam talian seperti penipuan atau kecurian maklumat.

Berkaitan

  • Lebih 1,000 Kandungan Provokatif Di TikTok Disekat Secara Automatik Selepas PRU15 - Fahmi Fadzil
  • Pertahan Hak Bersuara, Tapi Perlu Ada Batas - Fahmi Fadzil
  • MCMC Keluar 112 Kompaun Bernilai Lebih RM4 Juta Sepanjang Tahun 2022

Memetik Bernama, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menegaskan isu keselamatan siber dan data peribadi perlu diutamakan, selain pihaknya sedang meneliti dan merangka jalan penyelesaian segera terhadap isu berkenaan.

Beliau turut menyeru agar setiap pemegang data yang besar untuk berhubung dengan pihak CyberSecurity Malaysia (CSM) berkenaan dengan audit keselamatan siber bagi memastikan keselamatan data pengguna dalam negara terjamin.

Dinyatakan, perkara itu penting memandangkan sejak tahun 2017 hingga kini, negara telah kehilangan lebih 100 juta set data peribadi yang telah dicuri oleh pelbagai pihak tidak bertanggungjawab.

Sebagai tambahan, Fahmi menasihatkan mangsa penipuan (scam) untuk melaporkan kejadian yang menimpa mereka dan tidak malu untuk berhubung dengan pihak berkuasa di talian 997 (Pusat Respons Scam Kebangsaan).

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
©2026 WISER.MY