Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas 21 Tahun, Akhirnya TM Hentikan Tawaran Streamyx

TM Maklumkan Bahawa E-Mel “Bonus Hadiah Keluarga” Ialah Palsu

Diterbitkan Januari 9, 2023 · Dikemas kini Januari 9, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Telekom Malaysia Berhad (TM) memaklumkan bahawa e-mel yang mengatakan pengguna menerina hadiah di bawah program “Bonus Hadiah Keluarga TM” ialah palsu dan bersifat scam.

E-mel berkenaan tidak dikeluarkan oleh TM.

Justeru, TM meminta individu yang menerimanya untuk mengabaikan serta tidak memberi sebarang respons mahupun berkongsi maklumat peribadi dengan pihak yang menyamar sebagai TM dalam e-mel tersebut.

Kandungan e-mel tersebut meminta pengguna berkongsi maklumat peribadi untuk membolehkan mereka menuntut hadiah.

Selain itu, TM juga mengesahkan bahawa mereka tidak menjalankan sebarang hadiah bonus keluarga, cabutan bertuah, loteri, program menarik dan mencurigakan lain yang memerlukan butiran peribadi penerima untuk menuntut sebarang hadiah.

Berkaitan

  • TM Sasar 58% Liputan 'Fiber' Di Seluruh Sabah Menjelang 2025
  • TM Jelaskan Situasi Tentang Menara Kuala Lumpur

Jika anda menerima panggilan, SMS, e-mel yang mencurigakan, sila hubungi talian 997 (National Scam Response Centre).

TM juga boleh dihubungi melalui live chat di aplikasi myunifi, laman web Unifi, Facebook dan Twitter jika anda mahu mengesahkan apa-apa tentang TM.

Sumber: Siaran Akhbar TM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY