Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC sukarelawan MIV

MCMC Rekrut Lebih 11,000 Sukarelawan MIV Untuk Sebar Mesej Keselamatan Internet

Diterbitkan Julai 26, 2024 ยท Dikemas kini Julai 26, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui inisiatif Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) merekrut dan melatih 11,335 sukarelawan sejak diperkenalkan pada tahun 2016. Tahun ini, MCMC menyasarkan untuk merekrut 1,500 sukarelawan di seluruh negara.

Untuk memastikan maklumat diterima oleh semua lapisan masyarat termasuk penduduk di luar bandar, MIV terdiri daripada guru-guru sekolah rendah dan menengah, pelajar institusi pengajian tinggi serta ahli komuniti setempat.

Selain memperkasakan komuniti dengan kemahiran literasi digital, MIV turut menyokong inisiatif keselamatan dalam talian Klik Dengan Bijak (KDB), berperanan meningkatkan kesedaran serta memberi pendiikan mengenai penggunaan internet yang positif, produktif dan bertanggungjawab.

Antara topik KDB yang dikongsi kepada komuniti termasuk buli siber, jenayah penipuan serta perlindungan kanak-kanak dalam talian. Ia bagi mendidik pengguna internet khususnya pelajar untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa.

Sesi perkongsian juga melibatkan guru dan ibu bapa untuk menyampaikan mesej keselamatan kepada kanak-kanak, golongan kurang upaya dan mereka yang berisiko terdedah kepada ancaman dalam talian.

Pelaksanaan MIV menyaksikan kerjasama MCMC dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Kesihatan Malaysia.

Inisiatif MIV turut diperluaskan di komuniti yang mempunyai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Bagi individu yang berminat untuk menjadi MIV, pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan INI.

Berkaitan

  • MCMC Jalankan Tinjauan Kepuasan Perkhidmatan Selular Mudah Alih, Jalur Lebar Tetap
  • MCMC Dan PDRM Akan Teliti SOP Mudahkan Buat Aduan Buli Siber

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY