Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tweet MCMC

MCMC: Henti Sebar Video Tiga Beradik Maut Akibat Renjatan Elektrik

Diterbitkan Disember 19, 2022 · Dikemas kini Disember 19, 2022 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai untuk berhenti menularkan video tiga beradik yang maut dipercayai terkena renjatan elektrik di Tumpat, Kelantan bagi menghormati mangsa dan privasi keluarga mangsa, selain memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut.

Berkaitan

  • MCMC Keluar 112 Kompaun Bernilai Lebih RM4 Juta Sepanjang Tahun 2022
  • MCMC Dan Penyedia Perkhidmatan Selesaikan Isu Capaian Telekomunikasi Di Batang Kali

Dalam masa yang sama, MCMC juga telah mengambil langkah untuk perhatian dan tindakan selanjutnya daripada penyedia platform media sosial seperti Meta, TikTok, Twitter dan sebagainya bagi mengekang penularan video berkaitan.

Bagi menghentikan penularan video seperti itu, pengguna media sosial turut disarankan untuk membuat laporan secara terus terhadap kandungan sensitif dan tidak sesuai untuk tatapan umum kepada penyedia platform.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY