Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Diarah Selesai Isu Mutu, Kualiti Perkhidmatan Telekomunikasi Sebelum Jun – Fahmi

MCMC Diarah Selesai Isu Mutu, Kualiti Perkhidmatan Telekomunikasi Sebelum Jun – Fahmi

Diterbitkan Februari 6, 2023 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarahkan untuk meneliti dan menyelesaikan isu berhubung mutu serta kualiti perkhidmatan syarikat telekomunikasi sebelum Jun ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, perkara itu sentiasa dibangkitkan dan menjadi rungutan orang ramai kerana sukar mendapat akses internet di sesuatu kawasan atau tempat.

Berkaitan

  • KKD Dijangka Umum Beberapa Penambahbaikan Pelaksanaan 5G Sebelum Hujung Mac Ini
  • 22% Lebih Murah, Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap Diperkenal Dengan Harga RM69/Sebulan
  • Pakej Perpaduan: Time Sediakan 100Mbps Pada RM69/Bulan Untuk Penduduk PPR

Sebagai contoh, isu liputan dalam bangunan, di mana pengguna mempunyai akses jika berada di luar dan sebaik masuk ke dalam bangunan, capaian telekomunikasi kurang memuaskan atau langsung tiada liputan. Antara lainnya adalah masalah rangkaian di lebuh raya dan di sesetengah stadium.

Lanjutan itu, Fahmi menjelaskan perlu ada kerjasama dalam kalangan syarikat telekomunikasi melalui MCMC, untuk memberikan keutamaan di sesuatu kawasan.

Harap masalah pengguna ini selesai segera, kerana jika pengguna lambat bayar perkhidmatan dipotong.

Tapi bila perkhidmatan lambat dibaikpulih, bagaimana pula?@MCMC_RASMI

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) February 6, 2023

Dalam pada itu, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) juga memfokuskan untuk menyelesaikan masalah rangkaian internet terutama di kawasan berpenduduk 3% iaitu membabitkan kawasan pedalaman dan perkampungan Orang Asli.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY