Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ATM MCMC

MCMC Dan ATM Jalin MoU Tambah Baik Perkhidmatan Jalur Lebar Di 73 Kem Tentera

Diterbitkan Oktober 13, 2024 oleh ariff bukhari

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menjalin Memorandum Persefahaman (MoU) untuk kerjasama strategik dalam usaha menambah baik perkhidmatan jalur lebar di kawasan premis ATM yang terpilih di seluruh negara, khususnya penghuni Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT).

Keseluruhannya, sebanyak 73 buah kem tentera akan terlibat sebagai penerima manfaat menerusi pembangunan infrastruktur gentian optik atau dikenali sebagai Fibre to the Home (FTTH).

Inisiatif ini merupakan kelolaan bersama antara MCMC dengan Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan dan Markas ATM (BSEP, MK ATM).

Selain itu, sebuah jawatankuasa pemantauan melibatkan ATM, MCMC, syarikat penyedia kemudahan dan syarikat perkhidmatan rangkaian akan ditubuhkan.

Jawatankuasa ini akan berperanan sebagai pemantau kepada keseluruhan pelaksanaan projek serta memastikan tidak berlakunya pertindihan terhadap infrastruktur yang sedia ada.

Keseluruhan usaha ini adalah sejajar dengan hasrat Kementerian Pertahanan dan Kementerian Komunikasi untuk memperkasakan kualiti hidup dan akses capaian pendidikan terbaik buat anak-anak warga ATM.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Malaysia Antara 18 Negara Terawal Dijemput Sertai Piala Dunia FIFAe
  • Penyedia Perkhidmatan Wajar Tawar Pakej Internet Murah Dengan Kelajuan Tinggi - Fahmi

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY