Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Akan Memantau Aktiviti Bot Di Dalam Twitter Semasa Tempoh Pilihanraya

MCMC Akan Memantau Aktiviti Bot Di Dalam Twitter Semasa Tempoh Pilihanraya

Diterbitkan April 23, 2018 oleh Wiser MY

Kerajaan Malaysia melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berkata akan memantau aktiviti di dalam laman Twitter terutamanya berkenaan bot menjelang musim pilihanraya yang bakal tiba.

Sebelum ini media Reuters melaporkan yang bot telah membanjiri Twitter dengan ribuan tweet yang membawa mesej pro-kerajaan dan anti-kerajaan, seminggu sebelum pilihanraya umum ke-14 akan diadakan.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Panglima Md Salleh Md Said berkata bot di dalam Twitter boleh digunakan oleh sesiapa pun dan pihak mereka akan sentiasa memberi respon kepada setiap aduan.

Twitter dan Facebook sebelum ini menghadapi tekanan yang besar di Amerika Syarikat di mana pihak berkuasa percaya platform tersebut digunakan oleh pihak tertentu bagi mempengaruhi keputusan pilihanraya presiden pada tahun 2016.

Twitter selepas itu membenarkan penggunaan bot tetapi dengan sedikit halangan. Twitter tidak lagi membenarkan kiriman yang sama dari akaun yang berbeza kerana mengikut mereka, kaedah tersebut digunakan oleh ejen Rusia untuk membuatkan sesuatu topik menjadi tular.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY