Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic Moments Awards 2023_1

Anugerah HONOR Magic Moments 2023 Kembali, Menangi RM10,000

Diterbitkan April 12, 2023 · Dikemas kini April 12, 2023 oleh ariff bukhari

Pertandingan fotografi mudah alih Anugerah HONOR Magic Moments 2023 kini kembali dengan menawarkan hadiah kemenangan RM10,000 untuk pemenang utama di peringkat kebangsaan.

Manakala di peringkat antarabangsa pula, hadiah utama yang ditawarkan adalah USD15,000 (~RM65,476).

HONOR Magic Moments Awards 2023 Prizes_1

HONOR menjemput jurugambar di Malaysia untuk mengambil bahagian dalam anugerah peringkat kebangsaan ini yang bertemakan #MagicMomentsofMalaysia dan merakam momen pantas menggunakan telefon pintar.

Tema tersebut bertujuan memberi inspirasi kepada jurugambar telefon pintar untuk menggunakan kecanggihan teknologi kamera peranti HONOR merakam kisah sebenar dan emosi individu menerusi beberapa tema.

Bersempena penganjuran Anugerah HONOR Magic Moments ini juga, HONOR Malaysia mengadakan jelajah fotografi di seluruh negara bersama rakan kongsi kenderaan rasmi Cycle & Carriage untuk merakam suasana menarik #MagicMomentsofMalaysia dengan menaiki kereta Mercedes-Benz.

HONOR Magic Moments Awards 2023_3

Tempoh menghantar penyertaan bermula dari 6 April hingga 6 Ogos
2023.

Untuk menyertai pertandingan ini, peserta dikehendaki memuatnaik gambar-gambar terbaik di Facebook, Instagram atau laman web rasmi  https://www.hihonor.com/my/magic-moments-awards/ dengan bersertakan tanda pagar #MagicMomentsofMalaysia.

HONOR Magic Moments Awards 2023 Submission_2

Maklumat lanjut berkenaan HONOR Magic Moments Malaysia boleh layari https://www.hihonor.com/my/magic-moments-awards/

Berkaitan

  • Honor Magic5 Pro Berjaya Rakam Detik Yang Pecah 'Guinness World Records'
  • HONOR Magic5 Dan Magic Vs Rasmi Di Malaysia Pada 6 April 2023
  • 7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda

Sumber: Siaran media HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY