Sepanjang acara MWC 2019 yang berlangsung ketika ini , kita sudah diperlihatkan dengan model-model peranti yang siap sedia menerima kedatangan teknologi sambungan berkelajuan tinggi itu.
Sebagai bukti komitmen terhadap masa depan 5G dalam negara, dua syarikat, Maxis dan Huawei telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), bagi melonjakkan lagi usaha menyediakan teknologi terbabit.
Memetik laporan dari Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, menyatakan mereka teruja untuk menyediakan inovasi terbaik 5G kepada pengguna serta perniagaan di masa depan.
Laporan yang sama juga ada menyebut bahawa Maxis sudah lama dalam fasa penyediaan 5G, melalui percubaan serta pelaburan bagi meningkatkan infrastruktur yang bersesuaian dengan teknologi tersebut.
Huawei turut komited dalam meluaskan lagi penawaran produk berasaskan 5G mereka dan kerjasama ini diramal dapat memangkin perkembangan sambungan 5G dalam negara.
Sumber dan kredit foto: Bernama
Berkaitan
- Amerika Syarikat Beri Lesen Sementara Kepada Huawei Bagi Sokongan Kemaskini Kepada Pengguna
- Huawei Perkenal Nova 7 Pro, Nova 7 Dan Nova 7 SE
- Sekatan Muat Turun Aplikasi VLC Pada Peranti Huawei Sudah Ditarik Balik
- Huawei Nova 2i Kini Rasmi Untuk Pasaran Malaysia
- Huawei Bagi Bayangan Mate 20 Pro Dipasang Dengan Bateri Berkapasiti Besar
- Huawei Nova 5z Dilancarkan Dengan Kirin 810
- Imej Panel Skrin Paparan Huawei P10 Tersebar
- Huawei MediaPad M5 Dan M5 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Pasaran Malaysia
- Huawei Rasmikan Model Nova 4, Hadir Dengan Kamera 48MP
- Jangan Lepaskan Peluang Untuk Memiliki Huawei Nova Lite Dengan Diskaun Sebanyak RM300!