Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sistem Bida Beri Kebebasan Penumpang, Pemandu Runding Perkhidmatan – inDrive

MAXIM, InDRIVE Kini Dibenar Beroperasi Semula Di Bawah Pemantauan APAD

Diterbitkan Julai 24, 2025 oleh Amsyar Latif

MAXIM dan InDRIVE sebelum ini telah diarahkan menghentikan operasi mulai 24 Julai 2025 susulan Notis Pembatalan Lesen Perniagaan Pengantaraan (LPP) yang dikeluarkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada 24 April 2025. Arahan ini dibuat selepas audit mendapati ketidakpatuhan terhadap syarat Permit Kenderaan E-Hailing (EVP).

Kedua-dua syarikat telah mengemukakan rayuan dan dibenarkan untuk terus beroperasi, namun diletakkan di bawah tempoh pemantauan selama tiga bulan bermula 24 Julai. Sepanjang tempoh ini, mereka wajib membuat pembetulan sistem pendaftaran dan memastikan semua pemandu mempunyai EVP sah.

Hasil semakan rawak APAD ke atas INDRIVE pada 11 Julai mendapati semua pemandu yang disemak mempunyai EVP yang sah. Komitmen penambahbaikan oleh kedua-dua syarikat dinilai memuaskan, namun pemantauan ketat diteruskan.

Pemeriksaan ‘real-time’ melalui aplikasi dan kehadiran bulanan ke ibu pejabat APAD turut diwajibkan sepanjang tempoh pemantauan.

Tindakan lanjut boleh dikenakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 sekiranya syarat tidak dipatuhi.

Berkaitan

  • Jom Naik EV Dengan Grab Ke KLIA, Lebih Senyap Dan Bersih
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Roboteksi Baidu Masuk Pasaran Antarabangsa Melalui Uber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY