Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anthony Loke Mei 2025

Maxim, inDrive Diarah Henti Operasi 24 Julai – Loke

Diterbitkan Mei 9, 2025 · Dikemas kini Mei 9, 2025 oleh Amalina Athman

Dua aplikasi e-hailing dari Rusia, inDrive dan Maxim, diarahkan untuk menghentikan operasi di Malaysia berkuat kuasa 24 Julai ini kerana beroperasi tanpa kelulusan sah.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan bahawa Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengeluarkan surat penamatan kepada kedua-dua syarikat, selain memberi tempoh notis yang sewajarnya.

Kedua-dua platform telah diberi surat tunjuk sebab. Penamatan telah diputuskan dan kita akan pastikan penguatkuasaan dibuat sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, beliau berkata kedua-dua syarikat tersebut masih boleh mengemukakan rayuan, namun keputusan akhir terletak di bawah bidang kuasanya.

Sebelum ini, Persatuan Penghantar P-hailing Malaysia mendakwa aplikasi berkenaan tidak mematuhi peraturan termasuk membenarkan pemandu beroperasi tanpa Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV), serta menggesa kerajaan menyekat akses platform tersebut.

Berkaitan

  • [Kemas Kini] Perkhidmatan e-Hailing Bolt Dilihat Mula Diaktifkan Di Malaysia
  • Lalamove Sertai Perkhidmatan e-Hailing Melalui Lalamove Ride
  • MOT Terbuka Untuk Nilai Semula Perkhidmatan e-Hailing Motosikal
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G

Sumber: Berita RTM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penyelidik Jepun Cipta “Planimal”, Sel Hibrid Gabungan Dari Sel Tumbuhan Dan Haiwan
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
  • Platform X Kini Perkenal Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan
©2026 WISER.MY