Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MAS Dan Firefly Tawar Diskaun Penerbangan, Memudahkan Rakyat Pulang Mengundi

MAVCOM – Harga Tiket Penerbangan Akan Turun Sempena PRU 15

Diterbitkan Oktober 28, 2022 oleh Aziah Zulkifli

MAVCOM baru-baru ini sedang menjalankan penyiasatan berkenaan harga tiket penerbangan sepanjang 16 November 2022 sehingga 20 November 2022 iaitu semasa tempoh perjalanan pergi dan balik pilihan raya ke-15.

Berdasarkan pemerhatiannya paling terbaru iaitu pada 25 Oktober 2022, hasil menunjukkan bahawa harga biasa tiket penerbangan satu-hala sepanjang tempoh tersebut masih lagi berada dalam keadaan yang terkawal dan sudah direndahkan sehabis mungkin.

Harga tiket biasa penerbangan domestik untuk semua pusat penerbangan di seluruh semenanjung Malaysia ialah RM185. Manakala, harga biasa tiket penerbangan di seluruh Sabah dan Sarawak pula ialah RM188. Harga akan berubah menjadi RM296 jika perjalanan itu diantara semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

Terdapat kemungkinan kecil yang berapa laluan penerbangan akan dinaikkan harga berbanding yang biasa. MAVCOM telah membuat permintaan untuk setiap pusat penerbangan mempunyai penerbangan tambahan dan juga bilangan kapasiti yang meningkat. Ianya faktor yang penting terutamanya apabila tarikh pilihan raya sudah pun mendekati.

Berkaitan

  • MAS Dan Firefly Tawar Diskaun Penerbangan, Memudahkan Rakyat Pulang Mengundi
  • Go Shop Tawar Banyak Baucar Dengan Go Points Sempena Ulang Tahun Ke-8
  • Google Ke Arah Memudahkan Log Masuk Merentas Peranti, Laman Sesawang Dan Aplikasi Tanpa Kata Laluan
  • China Nak Buat GPU Pakai TSMC, AS Kata Tak Boleh
  • NASA Berjaya Rakam Imej Matahari Sedang "Tersenyum"

Bukan itu sahaja, jadual penerbangan juga akan ditambahkan lagi dari beberapa pusat penerbangan juga. Antaranya adalah 45 penerbangan dari KLIA untuk lokasi tertentu di sekitar semenanjung Malaysia sahaja. Dari Subang, terdapat 30 penerbangan tambahan untuk lokasi tertentu sahaja di seluruh semenanjung Malaysia.

Terdapat 68 penerbangan tambahan juga untuk penerbangan antara semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Tambahan penerbangan juga tersedia di bawah program Rural Air Services sekali dengan 5 penerbangan tambahan antara Subang dengan Seletar, Singapura.

Pemantuan dan desakan penuruan harga adalah bertujuan untuk mengingatkan rakyat untuk jalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Pusat penerbangan telah memainkan peranan yang penting dengan memastikan harga yang ditawarkan adalah berpatutan serta diskaun juga telah diberikan.

MAVCOM akan memastikan untuk memberi pemantauan yang ketat untuk harga-harga penerbangan ini agar pengguna dapat pergi dan pulang sepanjang pilihan raya ini dengan selamat.

Sumber: MAVCOM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY