Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy Fold..

Masalah Galaxy Fold Sudah Diatasi, Akan Dipasarkan Sekitar September Depan

Diterbitkan Julai 25, 2019 ยท Dikemas kini Julai 25, 2019 oleh Helmi Samsuri

Setelah menunda pengeluaran peranti dengan skrin boleh lipat mereka, Samsung telah mengumumkan bahawa Galaxy Fold akan dilancarkan semula pada September nanti.

Penambahbaikan diberikan pada peranti merangkumi isu yang berkaitan dengan kegagalan paparan berfungsi dengan normal selepas lapisan perlindungan dicabut, perlindungan kepada habuk yang lebih baik serta penutup bagi melindungi sendi (hinge) pada bahagian atas dan bawah.

Galaxy Fold
Rekaan baru disebelah hadapan. Imej | The Verge
Galaxy Fold .
Rekaan baru disebelah hadapan. Imej | The Verge

Samsung juga dikatakan menambah lapisan logam pada bawah paparan bertujuan untuk mengukuhkan serta mengurangkan jarak antara sendi dan badan peranti tersebut. Pengeluar juga mengesahkan bahawa harga jualan peranti ini akan kekal sama seperti sebelumnya.

Sebelum ini, Samsung Malaysia menjadualkan tarikh 3 Mei 2019 untuk pelancaran Galaxy Fold bagi pasaran tempatan tetapi berikutan isu yang timbul ia telah ditunda. Mungkinkah penawaran untuk Malaysia akan dibuat sekitar September juga ataupun tidak, sama-sama kita nantikan pengumuman.

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY