Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mark Zuckerberg Senaraikan 3 Langkah Untuk Facebook Elak Skandal Cambridge Analytica Berulang

Mark Zuckerberg Senaraikan 3 Langkah Untuk Facebook Elak Skandal Cambridge Analytica Berulang

Diterbitkan Mac 22, 2018 oleh Wiser MY

Mark Zuckerberg sebagai CEO Facebook akhirnya mula membuka mulutnya mengenai kontroversi yang melanda gergasi media sosial tersebut. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di akaun rasmi Zuckerberg, dia menyenaraikan beberapa langkah bagi mengelakkan Facebook mengulangi kesilapan yang sama.

Dia sebelum itu meminta maaf bagi pihak Facebook dan berkata Facebook akan bertanggungjawab mengenai keselamatan data pengguna mereka. Dia menambah lagi yang beberapa perubahan dalam sistem Facebook beberapa tahun lepas sudah boleh menyebabkan trajedi Cambridge Analytica dari terus berulang.

Mark Zuckerberg Senaraikan 3 Langkah Untuk Facebook Elak Skandal Cambridge Analytica Berulang

Sebagai kemaskini, dia ingin menambah 3 lagi cara untuk Facebook menangani isu kebocoran data pengguna mereka ke pihak ke-3.

  1. Facebook akan mengaudit aplikasi yang mempunyai akses kepada maklumat pengguna yang besar.
  2. Menyekat akses data kepada pembangun.
  3. Memberi maklumat kepada pengguna tentang aplikasi mana yang menggunakan data mereka dan cara untuk menghentikannya.

Facebook juga merancang untuk meningkatkan ganjaran kepada sesiapa yang dapat menjumpai pepijat di dalam sistem mereka dan kepada sesiapa yang dapat menjumpai ‘lubang’ yang digunakan oleh pembangun aplikasi yang menggunakan data pengguna untuk tujuan yang salah.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Sasar Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar
  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
©2026 WISER.MY