Kenyataan ini telah dilaporkan oleh akhbar The New York Times(via Phone Arena) baru-baru ini. Menurut laporan tersebut, perancangan ini masih diperingkat awal dan sedang dibincangkan lagi.
Melalui integrasi yang mahu dibangunkan ini, pengguna permesejan WhatsApp, Facebook(messenger) dan Instagram(direct message) akan dapat berhubung secara cross-platform tanpa perlu keluar dari aplikasi kegemaran masing-masing.
Projek ini dikatakan akan melibatkan ribuan pekerja di mana mereka perlu memikirkan cara untuk membolehkan ketiga-tiga aplikasi ini dihubungkan dengan fungsi mereka yang paling asas sekali.
Zuckerberg dikatakan mahu fungsi ini disokong dengan penyulitan penuh, sekaligus membolehkan setiap pesanan hanya dapat dilihat oleh mereka yang terlibat dengan sesuatu perbualan tersebut.
Facebook menyasarkan fungsi ini akan tersedia sepenuhnya pada hujung tahun ini atau pada awal tahun hadapan.
Sumber: NYTimes via Phone Arena
Berkaitan
- Facebook Mudahkan Pengguna Untuk Kawal Maklumat Yang Dikongsi
- Rasmi - Facebook Rugi Lebih RM 400 Billion Dalam Masa Satu Hari
- Facebook Group Mungkin Akan Mengenakan Cas Bulanan Kepada Ahlinya Tidak Lama Lagi
- Facebook Akui 30 Juta Akaun Pengguna Telah Digodam Bulan Lepas
- Pengguna Instagram Kini Boleh Berkongsi Kiriman Pada Instagram Stories
- Instagram Akan Rasmikan Hab Video Durasi Panjang Mereka 20 Jun Ini
- Berhati-Hati Ketika Menonton Video di Facebook Selepas Ini
- Kenapa Facebook Di Larang Di China- Ini Sebabnya
- Dating - Ciri Terbaru Daripada Facebook Yang Bakal Menyaingi Tinder
- 5 Applikasi Yang Boleh Buat Instagram Anda Lebih Gempak