Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Zuckerbeg podcast Joe

Mark Zuckerberg Kritik Apple “Sudah Lama Tidak Cipta Sesuatu Yang Hebat”

Diterbitkan Januari 13, 2025 · Dikemas kini Januari 13, 2025 oleh Amalina Athman

CEO Meta, Mark Zuckerberg mengkritik Apple kerana usaha inovasi yang hambar dan membuat ‘peraturan sesuka hati’.

Dalam podcast Joe Rogan Experience, Zuckerberg mendakwa bahawa bayaran 15-30% yang dikenakan oleh Apple untuk App Store adalah cara untuk syarikat itu menampung jualan iPhone yang perlahan.

Menurutnya, Apple tidak mencipta sesuatu yang hebat sejak sekian lama dan hanya bergantung kepada iPhone.

Di sisi lain, (iPhone telah) hebat, kerana kini hampir semua orang di dunia mempunyai telefon, dan itulah yang membolehkan perkara yang menakjubkan. Tetapi sebaliknya … mereka telah menggunakan platform itu untuk meletakkan banyak peraturan yang saya rasa agak sewenang-wenangnya. Saya rasa mereka tidak benar-benar mencipta sesuatu yang hebat sejak sekian lama. Ia seperti Steve Jobs mencipta iPhone dan kini mereka hanya sekadar “berpuas hati” dengan kejayaan itu 20 tahun kemudian.

Tambahnya lagi, beliau berpendapat jualan iPhone sedang menghadapi kesukaran kerana pengguna mengambil masa yang lebih lama untuk menaik taraf telefon mereka berikutan model baharu tidak memberi peningkatan yang besar berbanding model sebelumnya.

Jadi, bagaimana mereka menghasilkan lebih banyak wang sebagai sebuah syarikat? Nah, mereka melakukannya dengan cara asas seperti ‘memerah’ pengguna, dan mengenakan cukai 30% ke atas pembangun.

Zuckerberg berkata sekiranya Apple berhenti menggunakan peraturan sesuka hati, keuntungan Meta mungkin akan berganda.

Akses produk lain untuk iPhone

Dalam pada itu, Zuckerberg turut mengulas isu mengenai AirPods dan hakikat bahawa Apple tidak memberikan Meta akses yang sama untuk iPhone bagi cermin mata Meta Ray-Ban.

Anda tahu, mereka membina produk seperti Air Pods, yang hebat, tetapi mereka menghalang keupayaan orang lain untuk membina sesuatu yang boleh disambungkan ke iPhone dengan cara yang sama.

Menurut Zuckerberg, Apple mempertahankan bahawa tindakan tersebut untuk keselamatan dan tidak mahu melanggar privasi pengguna. Namun, beliau menyelar tindakan itu dan berkata masalah akan diselasaikan jika Apple menetapkan protokol dengan lebih baik, seperti membina keselamatan yang lebih kukuh dan menggunakan penyulitan.

Zuckerberg, bagaimanapun, berkata beliau “optimis” bahawa Apple akan “dikalahkan oleh seseorang” tidak lama lagi kerana “mereka telah kehilangan fokus dalam hal tidak mengeluarkan perkara inovatif”.

“Meta pun sama”

Kritikan itu turut membangkitkan dakwaan bahawa Meta juga ‘tidak mencipta sesuatu yang hebat’.

Jika diimbas kembali, Oculus, WhatsApp dan Instagram semuanya merupakan hasil daripada pengambilalihan, dengan di antara pemerolehan itu terdapat ciri-ciri yang “disalin dan tampal” daripada platform lain.

Berkaitan

  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!
  • Meta Rancang Kabel Internet Dasar Laut Global Bernilai $10 Bilion
  • Meta Mahu Platform Mereka Dipenuhi Akaun Pengguna Yang Dikuasakan AI
  • Meta Dijangka Terima Lesen Beroperasi Tidak Lama Lagi - Fahmi

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY