Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mark Zuckerberg Cipta Jarvis

Mark Zuckerberg Cipta Jarvis

Diterbitkan Disember 20, 2016 · Dikemas kini Disember 21, 2016 oleh Helmi Samsuri

Pada bulan Januari yang lepas, CEO Facebook, Mark Zuckerberg memberitahu dunia bahawa dia akan mencipta pembantu alam maya menggunakan sistem kecerdasan buatan ( AI; Artificial Intelligence) yang boleh membantu beliau melaksanakan tugasan dirumah.

Mark Zuckerberg akhirnya memperkenal Pembantu Kecerdasan Buatan  yang dinamakan sebagai Jarvis. Ia direka menggunakan pelbagai teknik AI dan bahasa pengaturcaraan seperti PHP, Python, serta Objective-C. Jarvis mampu mengawal perkakasan rumah beliau, memainkan muzik, dan juga menghiburkan anak beliau, Max. Beliau juga bercadang mahu mencipta aplikasi Android yang mempunyai fungsi yang sama dan ditambah dengan beberapa arahan yang lain.

Bagi peminat Iron Man, anda pasti sangat familiar dengan nama Jarvis kerana ia merupakan Pembantu AI bagi watak utama filem itu, Tony Stark. Walaupun Jarvis ciptaan Mark Zuckerberg tidak mampu melancarkan roket seperti didalam filem aksi tersebut, ia berupaya melakukan tugasan yang lain seperti berkomunikasi dengan Mark Zuckerberg melalui telefon dan komputer. Jarvis juga boleh mengawal lampu, perkakasan, suhu, muzik, dan sistem sekuriti kediaman Zuckerberg. Dalam masa yang sama Pembantu AI ini akan mempelajari perkataan-perkataan dan konsep baru.

Bagi anda yang tertanya-tanya bagaimana beliau menghasilkan Jarvis, Zuckerberg menggunakan beberap teknik AI seperti pemprosesan bahasa semula jadi, pengecaman muka serta pertuturan dan lain-lain lagi.

zuckerberg-ai-bash
Antara kod pengaturcaraan yang digunakan dalam menghasilkan sistem Jarvis

CEO rangkaian media sosial terbesar dunia itu turut mencipta platform Messenger yang memudahkan beliau  berkomunikasi dengan Jarvis. Untuk kisah yang lebih lanjut mengenai Jarvis, anda boleh membaca di post yang dimuat naik oleh Mark Zuckerberg.

jarvis-ai-zuckerberg

Sumber: Facebook

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY