Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Negara Ketiga Sedia Berhijrah Ke IPv6

Malaysia Negara Ketiga Sedia Berhijrah Ke IPv6

Diterbitkan Jun 21, 2024 · Dikemas kini Jun 21, 2024 oleh Amalina Athman

Malaysia menjadi negara ketiga di dunia yang telah memulakan proses persediaan untuk berhijrah ke Protokol Internet versi 6 (IPv6).

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • MCMC Jalin Kerjasama Strategik Dengan Microsoft Malaysia, Lancar Program MCMC - Microsoft AI TEACH

Ahli Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Derek John Fernandes berkata proses peralihan daripada IPv4 kepada IPv6 yang menyediakan alamat IP unik untuk setiap pengguna internet sedang giat dilakukan bagi meningkatkan keselamatan siber dan kedaulatan perundangan negara.

Kita telah banyak berubah tetapi belum 100%. Seterusnya kita akan cuba mendapatkan nombor pendaftaran National Internet Registry bagi Malaysia supaya alamat-alamat ini akan diambil alih dalam bidang kuasa kerajaan yang mungkin mengambil masa antara tiga hingga lima tahun.

Menurutnya lagi, ketika ini negara belum memiliki kuasa sepenuhnya ke atas alamat-alamat IP yang merupakan aset penting negara.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada forum Asia Pacific Workshop: Certified IPv6 Migration Strategy for Regulators and Governing Authorities, yang dihadiri wakil organisasi telekomunikasi daripada beberapa negara bagi memperkenalkan konsep IPv6.

Forum selama dua hari itu akan membincangkan kebaikan penggunaan IPv6 yang menggunakan alamat lebih panjang dengan banyak kelebihan (IPv6 boleh mengendalikan kira-kira 340 trilion alamat IP, perniagaan) dari segi keselamatan dan kegunaan selain dapat mengurangkan jenayah seperti penipuan dalam talian.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY