Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
duitnow qr phone

Sering Kongsi Kod QR Akaun Bank? Ini Sebab Ia Boleh Bahayakan Anda

Diterbitkan Mei 9, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Dengan pengenalan DuitNow QR, semua pengguna bank tempatan mempunyai kod QR masing-masing untuk dikongsikan bagi memudahkan transaksi.

Raya tahun ini menyaksikan ramai pengguna hanya berkongsi kod QR untuk mendapatkan duit raya kerana tidak perlu menggunakan nombor akaun bank.

Namun, ada beberapa risiko yang boleh menyebabkan perkongsian kod QR ini membahayakan pengguna sehingga boleh mengheret anda ke mahkamah.

Harini aku nak share benda yg aku kena semalam. Sampai ke harini aku tak boleh brain, mcm mana scammer tu terer boleh fikir benda ni. Disebabkan simple detail yg kita miss, buyer tu terus silap transfer ke scammer. Maybe boleh dijadikan pengajaran utk yg biasa jual beli barang. https://t.co/yqoBgWHOU5 pic.twitter.com/q1KCo1jpvv

— Bampis (@hafizismailz) April 8, 2022

Bahayanya ialah scammer boleh menggunakan kod QR untuk menyamar dalam melaksanakan operasi jahat mereka.

Bagaimana ia boleh berlaku?

Salah satu cara scammer boleh menyebabkan anda boleh didakwa ialah dengan berkongsi kod QR anda untuk orang lain.

  1. Scammer ‘jual’ barang yang tidak wujud di internet seperti Mudah.my, Facebook Marketplace.
  2. Scammer kongsi kod QR akaun anda, minta pembeli (mangsa) buat pembayaran.
  3. Selesai pembayaran, scammer akan hubungi anda dengan mendakwa dia tersilap transfer.
  4. Scammer minta anda untuk ‘kembalikan’ wang kepadanya.
  5. Pembeli sedar dia ditipu (barang tak sampai, disekat, dll.)
  6. Pembeli buat laporan polis dengan bukti transaksi pemindahan wang kepada akaun anda.

Di sini, secara undang-undangnya, anda boleh dikenakan hukuman kerana pembeli mempunyai bukti transaksi tersebut.

Walaupun anda tidak bersalah, namun jelas sekali ia boleh menyusahkan anda apabila terlibat dalam kes sebegini.

Baca juga:

  • Maybank: Ini Ayat Yang Selalu Digunakan Oleh Scammer
  • Sering Dimasukkan Ke Grup Tidak Diingini Di Telegram? Ini Penyelesaiannya
  • Cara Sembunyikan Akaun Instagram Anda Daripada “Suggested For You”, Elak Diikuti Orang Tidak Diingini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY