Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BNM: Kaji Dengan Teliti Terma Dan Syarat Sebelum Mohon SLoan

BNM: Kaji Dengan Teliti Terma Dan Syarat Sebelum Mohon SLoan

Diterbitkan Februari 20, 2023 oleh Amalina Athman

Memetik Bernama, Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan orang ramai supaya mengkaji dengan teliti terma dan syarat produk SLoan for Sellers, iaitu perkhidmatan pinjaman kewangan yang ditawarkan oleh platform beli-belah dalam talian Shopee.

Berkaitan

  • Shopee Tawar Khidmat Pinjaman Wang, SLoan - Ketahui Perkara Ini Terlebih Dahulu

Menjawab pertanyaan mengenai kesahihan perkhidmatan pinjaman yang disediakan oleh platform e-dagang itu, BNM menyatakan SLoan ialah produk pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd, dilesenkan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Terdahulu, Shopee menawarkan SLoan for Sellers yang merupakan perkhidmatan pinjaman kewangan sehingga RM100,000 untuk modal kerja kepada penjual Shopee bagi memudahkan pertumbuhan perniagaan pada kadar faedah bulanan 1.5% dan denda lewat bayar sebanyak 8% setahun, yang dicaj setiap hari.

Dalam pada itu, BNM turut menasihatkan orang ramai untuk membuat keputusan yang lebih termaklum sebelum melakukan komitmen kepada mana-mana produk pembiayaan.

Sumber: BERNAMA

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY