Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
asean kod qr

Malaysia Antara Lima Negara ASEAN Akan Sepadukan Pembayaran Kod QR

Diterbitkan Julai 18, 2022 oleh Nadiah Ab

Bank-bank pusat di Asia Tenggara menyasarkan untuk menyepadukan sistem pembayaran menjelang akhir tahun ini, supaya dapat melancarkan transaksi pelancong di rantau ini.

Ini akan membolehkan orang ramai membuat pembelian dengan menggunakan aplikasi negara mereka sendiri dan bukannya aplikasi tempatan untuk membuat pembayaran kod QR.

Khususnya, negara yang terlibat dalam kerjasama ini ialah Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, dan Filipina.

Tidak pasti sama ada negara ASEAN lain akan menyertai kerjasama ini pada masa hadapan, seperti yang diumumkan oleh Gabenor Bank Indonesia, Perry Warjiyo dalam mesyuarat G20 di Bali.

Dikatakan penyepaduan ini masih belum lengkap, dengan sasaran November untuk lima negara tersebut menandatangani perjanjian yang menghubungkan sistem pembayaran mereka.

Buat masa ini, Malaysia, Indonesia, dan Thailand, sudah pun berhubung antara satu sama lain dan telah mendayakan pembayaran rentas sempadan menggunakan kod QR.

Singapura dan Malaysia telah pun menandatangani perjanjian untuk menghubungkan PayNow dan DuitNow, dengan pelancarannya dirancang dalam suku keempat akan datang.

Sementara itu, Touch ‘n Go telah mencapai matlamat ini dengan mendayakan pembayaran kod QR rentas sempadan dengan Singapura melalui eDompetnya, walaupun kini terhad kepada perkhidmatan teksi ComfortDelGro.

Filipina pula tela menandatangani perjanjian rentas sempadan dengan Singapura tahun lepas, dengan rancangan untuk perjanjian serupa dengan perjanjian antara Malaysia dengan Thailand yang masih dalam proses.

Pembayaran kod QR yang dibuat melalui sistem rentas sempadan ini akan menggunakan mata wang tempatan antara negara dan bukannya menggunakan USD sebagai perantara.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY