Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mae maybank imbas qr

Keluar Duit ATM Dengan Imbas Kod QR Di MAE, Ini Cara Aktifkannya

Posted on Mei 16, 2022Disember 29, 2022

Ciri untuk mengeluarkan wang ATM tanpa kad telah diperkenalkan Maybenk beberapa tahun dahulu di mana SMS pengesahan akan dihantar pada pengguna.

Terbaru, Maybank perkenalkan sebuah lagi ciri melalui MAE di mana pengguna hanya perlu mengimbas kod QR yang dipaparkan pada ATM untuk mengeluarkan wang tanpa memasukkan kad.

Untuk mengaktifkan ciri yang dinamakan ATM Cash-out ini, hanya buka aplikasi MAE dan ikut langkah seperti imej di bawah.

1.Pada ‘Quick Actions’, tekan ‘Manage‘.

2. Buang salah satu ciri pada empat teratas.

3. Tatal ke bawah, pada ‘ATM Cash-out‘, tekan simbol tambah dan ‘Save Changes’.

4. Kembali ke halaman utama.

5. Tekan pada ‘ATM Cash-out’.

6. Masukkan kata laluan.

7. Tandakan setuju dan tekan ‘Confirm’.

8. Masukkan kod yang dihantar melalui SMS.

Selesai.

Tunggu selepas 24 jam dan anda kini boleh imbas saja kod dipaparkan skrin ATM untuk keluarkan wang.

Semasa anda melaksanakannya di ATM kelak, anda akan masih perlu memasukkan PIN atau pengesahan biometrik (Face ID atau imbasan cap jari) pada MAE lalu masukkan nilai wang diinginkan.

Dengan itu, keselamatan akaun anda juga terjamin kerana bukanlah sewenang-wenangnya wang dikeluarkan.

Boleh dikatakan anda langsung tidak perlu menyentuh ATM kerana semuanya dilakukan melalui MAE dan ATM digunakan untuk keluarkan wang fizikal sahaja.

Jika anda masih belum jelas, ikuti langkah dalam video ini.

Ciri ini amatlah bagus untuk pengguna kerana memanfaatkan alat yang sentiasa berada bersama mereka — telefon pintar.

maybank mae keluar duit kod qr
Paparan pada skrin ATM yang menyokongnya.

Untuk waktu ini, belum 100% ATM di seluruh negara menyokongnya namun untuk senarai ATM yang mempunyai ciri ATM Cash-out ini, anda boleh klik di SINI.

Sumber: Maybank

Baca juga:

  • Tak Perlu Kad Untuk Keluar Duit Di ATM Maybank, Ini Caranya
  • Tukar Kad Debit Maybank Dengan Pantas? Ini Senarai Cawangan Yang Ada Kiosk Layan Diri
  • Cara Tukar Kad ATM Maybank Guna Maybank2U

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress