Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa Apple sedang membangunkan paparan iPhone 12 dengan takuk yang lebih kecil berbanding model-model sebelumnya.
Tidak disangka, satu maklumat terbaharu mengatakan ia tidak akan terjadi, malah saiz takuk yang memuatkan Face ID tersebut sama sahaja saiznya.
https://twitter.com/laobaiTD/status/1291399084121546754
Gambar ini yang dimuat naik ke internet telah dikongsi dengan kapsyen gambar "Same Face iD Size" memberi petunjuk bahawa apa yang diharapkan selama ini tidak akan tercapai.
Namun seperti yang diketahui, iPhone 12 mempunyai 4 model (iPhone 12, 12 Max, 12 Pro, 12 Pro Max)dan disebabkan kapsyen tersebut tidak memberi gambaran jelas iPhone yang manakah pemilik panel skrin itu.
Laporan pada bulan April lalu memperlihatkan Apple cuba untuk mengecilkan takuk dengan membawa komponen pembesar suara ke atas.
Buat masa ini, kedua-dua laporan ini (takuk kecil atau tidak) berada dalam fasa spekulasi. Selagi tiada laporan lain yang menguatkan maklumat terbaharu ini, anggap sahajalah ia sebagai khabar angin kecil sahaja.
Dari: Mr-white
Berkaitan
- Ming-Chi Kuo: Tiada Model iPhone SE Pada Separuh Pertama Tahun Hadapan
- Siri GPU Nvidia RTX 3000 Akan Dipasarkan Bermula Harga RM2,399 Di Malaysia
- Siri Kad Grafik Nvidia RTX 30 Kini Tiba Untuk Komputer Riba
- 12 Jenama Kereta Yang Berkolaborasi Dan Keluarkan Telefon, Ada Yang Tak Pernah Dengar
- Redmi Watch Diperkenalkan - Skrin 1.4 Inci Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 12 Hari
- Apple M1 Diumumkan - Cip Pertama Apple Silicon Untuk Komputer Mac
- Kesatuan Eropah: Tanpa Facebook Dan Instagram Pun Kami Tiada Masalah
- Cara Membeli Produk Apple Dengan Harga 'Pelajar' Yang Lebih Rendah
- Citroën Ami - Kereta Elektrik Comel Yang Tidak Perlukan Lesen Untuk Memandunya
- Pengguna Galaxy S20 Mungkin Tidak Akan Dapat Nikmati Paparan 120Hz Pada Resolusi Quad HD