Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Majlis Pelancaran ASUS Zenfone Max Pro (M1) Di Malaysia Akan Diadakan Pada 31 Mei

Majlis Pelancaran ASUS Zenfone Max Pro (M1) Di Malaysia Akan Diadakan Pada 31 Mei

Diterbitkan Mei 17, 2018 oleh Haikel Areff

Pihak ASUS Malaysia pada hari ini telah membuat satu pengumuman bahawa model keluaran terbaru mereka, Asus Zenfone Max Pro(M1) akan dilancarkan bagi pasaran Malaysia pada 31 Mei ini. Pengumuman tersebut telah dibuat melalui kiriman emel kepada rakan media mereka.

Majlis Pelancaran ASUS Zenfone Max Pro (M1) Di Malaysia Akan Diadakan Pada 31 Mei

Peranti ini akan menggunakan sokongan cip pemprosesan keluaran Qualcomm, Snapdragon 636 dan mempunyai tiga pilihan sokongan memori 3GB, 4GB dan 6GB. Manakala bagi ruang simpanan dalaman pula, peranti ini akan hadir dengan variasi 32GB dan 64GB ROM.

Keistimewaan peranti ini ialah ia merupakan peranti Zenfone pertama yang menggunapakai sistem Android asli daripada Google dan tidak menggunakan antaramuka ZenUI. Ia akan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar dan ringan kepada pengguna.

Majlis Pelancaran ASUS Zenfone Max Pro (M1) Di Malaysia Akan Diadakan Pada 31 Mei

Kredit : GadgetMatch

Zenfone Max Pro (M1) ini akan hadir dengan paparan skrin jenis IPS LCD 5.99 inci FHD+  dan tidak mempunyai rekaan takuk. Ia turut akan dibekalkan dengan bateri berkapasiti 5,000 mAh yang dilengkapi dengan ciri pengecasan pantas.

Seperti majoriti daripada peranti Android keluaran terbaru masa kini, peranti ini turut dipersiapkan dengan dwi-kamera utama. Kamera berkenaan adalah gabungan antara lensa 13 MP (f/2.2, 1.12µm) dengan 5 MP (f/2.4, 1.12µm). Bagi kamera hadapan pula, Zenfone Max Pro (M1) menggunakan lensa 8 MP (f/2.2, 1.0µm).

Kamera bagi pilihan variasa 6GB pula adalah sedikit berbeza di mana ia akan menggunakan dwi kamera utama 16 MP (f/2.2, 1.12µm) + 5 MP (f/2.4, 1.12µm) serta 16 MP (f/2.2, 1.0µm) untuk kamera hadapan.

Pada waktu artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang maklumat berjaya diperolehi berkenaan harga pasaran bagi Zenfone Max Pro (M1) untuk pasaran tempatan. Kita mungkin akan dapat mengetahuinya pada majlis pelancaran yang bakal diadakan nanti.

Ikuti Facebook rasmi ASUS Malaysia untuk sebarang maklumat terkini berkaitan peranti ini atau produk ASUS yang lain.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY