Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Majlis Olimpik Antarabangsa Tolak Acara e-Sukan Mengandungi Unsur Keganasan

Majlis Olimpik Antarabangsa Tolak Acara e-Sukan Mengandungi Unsur Keganasan

Diterbitkan September 5, 2018 oleh Haikel Areff

Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang yang baru sahaja berakhir minggu lepas telah mencipta sejarah apabila menjadi sukan besar pertama yang mempertandingkan acara e-sukan. Enam acara telah diadakan iaitu Arena of Valor, Clash Royale, Hearthstone, League of Legends, Pro Evolution Soccer dan StarCraft 2.

Ia sekaligus menandakan penerimaan Majlis Olimpik Antarabangsa(IOC) terhadap acara itu untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik kelak. Namun, Presidennya Thomas Bach menegaskan bahawa mereka menolak permainan berunsur keganasan untuk diadakan di temasya sukan terbesar di dunia itu.

Majlis Olimpik Antarabangsa Tolak Acara e-Sukan Mengandungi Unsur Keganasan

Keganasan dalam konteks majlis berkenaan didefinisikan sebagai ‘keperluan untuk membunuh’ bagi menjadi pemenang. Ini bermakna permainan seperti Dota 2, Counter Strike, Fortnite, PUBG dan sebagainya hampir pasti tidak akan diadakan langsung di temasya berkenaan.

Bercakap mengenai sukan ganas sedia ada di Olimpik seperti tinju dan gusti, Bach berkata ianya berbeza kerana kedua-dua sukan itu dijalankan dengan penuh peraturan dan kawalan oleh juri. Dengan penegasan ini, mungkin kita hanya akan melihat permainan berkaitan sukan sahaja yang akan dipertandingkan di temasya Olimpik kelak.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY