Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KBS Rancang Liga E-sukan Untuk Lahirkan Ramai Atlet

KBS Rancang Liga E-sukan Untuk Lahirkan Ramai Atlet

Diterbitkan November 25, 2019 ยท Dikemas kini November 25, 2019 oleh Haikel Areff

Arena e-sukan semakin hari semakin diterima ramai dan mendapat sambutan menggalakkan dari seluruh dunia. Malaysia juga tidak terkecuali dengan Kementerian Belia dan Sukan akan memastikan e-sukan dinikmati diseluruh negara.

Menerusi peruntukkan RM20 juta yang dibentangkan dalam Bajet 2020 lalu, jumlah besar tersebut bakal dimanfaatkan sebaiknya bagi tujuan pembangunan e-sukan.

Antara perancangan KBS dalam memeriahkan lagi arena e-sukan tersebut adalah dengan penganjuran sistem liga e-sukan. Ia bukan sahaja dapat melahirkan atlet yang berdaya saing malah memberi pendedahan secara profesional kepada pasukan-pasukan baharu.

Liga e-sukan kebangsaan itu dinyatakan akan diadakan pada peringkat negeri dan ini memberi peluang semua pemain menyertainya, sama ada dari bandar mahupun luar bandar.

Selain itu, pelan strategik dari 2020-2025 akan memastikan hala tuju pembangunan e-sukan dapat berkembang secara menyeluruh di Malaysia.

Malaysia sebelum ini pernah diiktiraf sebagai negara yang mampu membuka peluang mengembangkan industri e-sukan atas kejayaan menganjurkan beberapa siri kejohanan di peringkat global seperti Mobile Legends World Championship 2019 misalnya.

 

Sumber: Bernama

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
©2026 WISER.MY