Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Majlis Olimpik Antarabangsa Tolak Acara e-Sukan Mengandungi Unsur Keganasan

E-Sukan Anjuran Negeri Perak Dapat Sambutan Kalangan Belia

Diterbitkan Disember 27, 2019 oleh Haikel Areff

Kejohanan e-sukan peringkat negeri Perak buat julung kalinya telah diadakan di taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) pada hujung minggu lalu dengan menampilkan empat permainan yang dipertandingkan, iaitu Mobile Legends, Dota 2, PUBG Mobile dan FIFA 20.

Pada kejohanan tersebut, Gioco Home E-Sport yang dianggotai lima anak muda dari Zon Kerian telah muncul juara bagi permainan Dota 2 dengan menumpaskan M&M Perak E-Sport dari Zon Kinta. Mereka berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM 3,000.

Sementara itu, pasukan Laka-Laka dari Zon Hilir Perak telah berjaya merangkul kejuaran bagi permainan Mobile Legend menumpaskan lawannya 2-0 dalam perlawanan akhir tersebut.

Bagi permainan PUBG Mobile pula, pasukan MPX dari Zon Kinta menjadi juara, manakala tempat kedua diraih oleh pasukan Giusy yang juga datang dari zon yang sama.

Selain itu, Khairul Al-Amini Jamaluddin Al-Amini telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 1,500 apabila beliau dinobatkan selaku juara FIFA 2020 selepas menewaskan pencabarnya, Muhamad Qhushairi Zulkiflie.

Kejohanan e-sukan ini telah menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM 18,000 dan ia disertai seramai 211 peserta yang terdiri dalam kalangan belia seluruh negeri Perak.

Sumber: Bernama 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
©2026 WISER.MY