Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-03-31 at 4.10.04 PM

Permainan Video Bagi Olimpik Tokyo 2020 Kini Rasmi, Akan Dipasarkan Pada Musim Panas Ini

Diterbitkan Mac 31, 2019 oleh Haikel Areff

Selain Piala Dunia FIFA, temasya Sukan Olimpik juga merupakan satu lagi acara sukan yang diadakan setiap 4 tahun dan sering ditunggu-tunggu oleh peminat sukan seluruh dunia.

Tokyo, Jepun akan menjadi tuan rumah bagi temasya sukan terbesar dunia itu pada tahun hadapan dan pembangun permainan video terkenal, SEGA telah mengumumkan bahawa mereka bakal menawarkan empat permainan video sempena temasya itu nanti.

Empat permainan video tersebut ialah:

  • Olympic Games The Offical Video Game (PS4, Xbox One, PC, Switch)
  • Sonic At The Olympic Games – Tokyo 2020 (iPhone/Android)
  • Mario & Sonic At The Olympic Games Tokyo 2020 (Nintendo Switch)
  • Mario & Sonic At The Olympic Games Tokyo 2020 Arcade Edition(Nintendo Switch)

https://youtu.be/7iassQdFV-Y

Antara yang paling mencuri tumpuan pastinya permainan Olympic Games The Offical Video Game yang akan tersedia bagi kesemua konsol utama ketika ini.

Ia dijangka akan ditawarkan pada musim panas ini(Jun-Sept) bagi pasaran Asia termasuk Jepun untuk PS4 dan Switch, manakala pasaran lain hanya akan menerima permainan ini pada tahun 2020.

Sementara itu, pengguna Nintendo Switch juga bertuah apabila berpeluang menikmati dua permainan video Olimpik bertemakan watak permainan video popular Sonic dan Mario.

Malah, SEGA juga akan melancarkan satu permainan video khas bagi pengguna telefon pintar. Namun tiada tarikh penawaran dinyatakan setakat ini.

Untuk rekod, SEGA pernah melancarkan permainan video rasmi Sukan Olimpik 2012 London terdahulu, namun tidak bagi temasya Olimpik Rio 2016.

Ternyata ini adalah berita yang sangat mengujakan terutamanya bagi penggemar permainan video dan peminat sukan di luar sana.

 

Sumber: Kotaku

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY