Liputan Ekslusif Acara E-Sukan Pada Sukan SEA 2019 Di eGG Network

Arena e-sukan di Malaysia sebenarnya telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, dan ramai daripadanya telah pun menjadikan ia sebagai satu kerjaya tetap buat mereka. Secara tidak langsung, e-sukan bukan hanya dapat melahirkan atlet yang mampu berdaya saing, malah dapat memberi pendedahan secara profesional juga kepada pasukan-pasukan baharu.

Pada tahun ini, buat pertama kalinya, e-sukan telah disenaraikan sebagai salah satu acara di Sukan Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai Sukan SEA 2019 yang kini sedang berlangsung di Filipina. E-sukan merupakan antara acara sukan utama di kejohanan tersebut yang menawarkan hadiah pingat.

Pencarian atlet bagi mewakili negara ke kejohanan tersebut sudah bermula sejak Mac lalu, yang menyaksikan 24 atlet telah terpilih ke dalam Team Malaysia. Mereaka akan berjuang untuk membawa pulang pingat emas pertama bagi acara e-sukan bersama dengan 152 atlet lain daripada 9 buah negara.

Kesemua peserta akan bertanding dan mengambil bahagian di dalam enam acara permainan video yang terdiri daripada:

  • Dota 2

  • Mobile Legends: Bang Bang

  • StarCraft II

  • Hearthstone

  • Arena of Valor

  • Tekken 7


Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan babak-babak penting pertandingan e-sukan ini yang akan dipamerkan oleh semua pemain profesional terbaik dari Malaysia, Filipina, Singapura, Kemboja, Myanmar, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Laos bermula 5 Disember jam 9 pagi hingga 10 Disember 2019 ini.









 

Saksikan liputan ekslusif yang terkini berkaitan e-sukan di Sukan SEA 2019 pada saluran eGG Network di semua 8 negara, juga pada aplikasi Astro GO di Malaysia. Boleh juga ikuti laporan terkini di laman Facebook rasmi eGG Network.