Samsung Mahu Memperkenalkan Servis Penstriman VR Untuk Sukan Olimpik 2018

Samsung Electronics sedang mengkaji untuk membolehkan penonton di rumah untuk merasa seolah-olah mereka berada di Sukan Olimpik Pyeongchang 2018 (live view)  melalui alat realiti maya (VR). Ini bukanlah kali pertama Samsung memperkenalkan teknologi seperti ini. Mereka sebenarnya telah mengetengahkan peranti VR bersama sokongan video 360 darjah semasa Sukan Olimpik di Rio yang lalu. Lain pula untuk sukan Olimpik yang seterusnya, mereka mahu memberikan tontonan secara langsung kepada pengguna tanpa perlu pergi ke stadium.

"Kami merancang untuk menawarkan teknologi VR supaya penonton boleh menikmati sukan Olimpik dengan lebih dekat" Pengarah Samsung Electronics Marketing Mobile, Cha Young-tae berkata kepada The Korea Herald berikut mesyuarat bersama Kementerian ICT pada hari Selasa yang lepas.

"Kami sedang berbincang dengan Jawatankuasa Antarabangsa Olimpik supaya menggunakan teknologi VR kami semasa Sukan Olimpik," tambah Cha pada mesyuarat itu yang dihadiri oleh Naib Menteri ICT dan firma teknologi Korea termasuk Samsung, LG, SKT dan KT.

Sumber