RM 20 Juta Bagi Pembangunan Industri E-Sukan Malaysia 2019

Umum mengetahui apabila pihak kerajaan membentangkan belanjawan setiap tahun, pasti Menteri Kewangan akan menceritakan serba lengkap mengenai perancangan perbelanjaan kerajaan untuk setiap lapisan masyarakat bagi tahun seterusnya. Golongan muda dan belia juga tidak terkecuali.

https://twitter.com/MOFmalaysia/status/1058289693723254784

Beberapa peruntukan khas yang menyasarkan golongan ini telah pun dibentangkan semalam. Ini termasuk peruntukan sebanyak RM 10 juta untuk pembangunan industri e-sukan Malaysia bagi tahun 2019.

Wang dari kerajaan itu akan digunakan bagi membantu penggiat industri seperti jurutera perisian dan pemaju permainan digital dalam memajukan antara industri terbesar di dunia itu di Malaysia.

https://twitter.com/minliangtan/status/1058350427211653120

Tidak berapa lama selepas bajet selesai dibentangkan, CEO Razer, Min-Liang TanĀ melalui akaun Twitter-nya telah menyatakan kesediaan beliau untuk melabur RM 10 juta lagi kepada pihak kerajaan.

Pengumuman itu dibuat dalam satu kicauan balas kepada kiriman Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq semalam. Min-Liang Tan juga menyatakan penghargaan beliau terhadap komitmen kerajaan Malaysia dalam membangunkan e-sukan di negara ini.

Melalui pelaburan ini, ia menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan bagi industri e-sukan untuk tahun 2019 adalah RM 20 juta. Tidak mustahil jumlah itu akan terus meningkat sekiranya ada syarikat lain yang berminat untuk turut melabur di masa akan datang.

 

Sumber: Twitter MOF, Syed Saddiq