Mahu Hasilkan Vlog Menarik Untuk YouTube? OPPO Reno2 Boleh Bantu Anda

Sebagai platform perkongsian video paling popular didunia, YouTube bukan sekadar medium untuk anda menonton video malah merupakan sumber pendapatan bagi sebahagian penggunanya.

Ada yang memasang niat untuk menjadi pencipta kandungan dan mahu meraih tontonan yang banyak di YouTube, tetapi lupa tentang beberapa aspek penting seperti kandungan yang bermutu serta rakaman yang berkualiti.

Ramai yang memulakan saluran YouTube dengan hanya berbekalkan rakaman telefon pintar tetapi hasilnya kurang memuaskan. Namun jika anda menggunakan OPPO Reno2 sebagai peneman rakaman anda, lain pula ceritanya.



Hasilkan vlog menarik anda dengan sistem kuad kamera 48MP

Anda mungkin sudah mempunyai ramuan yang cukup untuk menghasilkan kandungan video menarik tetapi jika kualiti video tidak seperti yang diharapkan penonton, hasil kerja anda mungkin tidak membuahkan hasil.

OPPO Reno2 bukan sekadar telefon pintar biasa yang mengikut tren terkini dengan pemasangan kuad kamera, sistemnya juga dioptimumkan bagi memenuhi keperluan pengguna zaman sekarang. Dengan gabungan lensa utama 48MP, 8MP lensa sudut lebar, 13MP lensa telefoto dan 2MP lensa mono, ia sudah boleh memberikan kepuasan videografi serta fotografi anda.

https://www.youtube.com/watch?v=xKdZgGJcJX4

Disertakan kebolehan zoom 5x hybrid dan 20x zoom digital, ini memberikan lebih keupayaan rakaman video serta foto berkualiti kepada pengguna supaya tidak terlepas perkara-perkara yang menarik.

Bayangkan anda berada di stadium bola sepak atau konsert, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang merakam saat-saat dramatik dan menarik yang berlaku nun jauh dihadapan. Ditambah pula dengan ciri sudut lebar yang mampu merakam sehingga 119 darjah, semuanya boleh dimuatkan dalam satu rakaman.

Untuk pengetahuan, ciri zoom 5x hybrid dan 20x zoom digital pada rakaman video tidak menyokong 1080p 60fps tetapi kamera utama boleh melakukannya.

Tiada rakaman bergegar dengan OPPO Reno2

https://www.youtube.com/watch?v=IDkVJq5ZS_Y

Video yang bergegar tidak mendatangkan keseronokan langsung untuk ditonton  dan anda tidak perlu khuatir kerana OPPO Reno2 merupakan sebuah peranti yang boleh menyelesaikan masalah itu.

Video Ultra Lebar

Kemampuan rakaman lebar sehingga 119 darjah pula memberi ruang untuk merakam foto dan video pada komposisi yang berlainan. Dengan mod sudut lebar, anda boleh  muatkan lebih banyak objek serta pemandangan cantik dibelakang.

https://www.youtube.com/watch?v=kTMlaB9IF8I

Melalui ciri penstabilan imej elektronik (EIS) dan penstabilan imej optical (OIS) ditambah dengan teknologi dari OPPO iaitu mode Ultra Steady, hasil rakaman ibarat telefon pintar flagship diluar sana. Ini sekaligus menjadikan vlog lebih kemas dan menarik untuk dikongsikan kepada ramai.

Tidak perlu lagi bersusah payah untuk membuar rakaman berulang kali. Cukup dengan satu rakaman, hasilnya pasti sudah memuaskan hati dan menjimatkan masa ketika suntingan.

Video bokeh yang boleh bersaing dengan SLR

Tidak terhad kepada rakaman foto, kesan bokeh juga boleh digunapakai ketika rakaman video. Selain memberi kelainan kepada video, kesan bokeh ini akan membuatkan penonton lebih tertumpu pada individu atau objek yang dimahukan. Kesan kabur pada latarbelakang sangat lembut dan pengeluar menyatakan ia mampu menyaingi rakaman video bokeh yang dihasilkan SLR.

https://www.youtube.com/watch?v=TI8X9njNOA4

https://www.youtube.com/watch?v=_10nhXAwON8

Merakam video pada kawasan yang agak sesak dengan jarak sedikit jauh boleh membuatkan suara ditenggelami dengan bunyi-bunyian lain. Mungkin anda ingin berkongsi vlog yang menceritakan pengalaman bercuti dilokasi menarik boleh dibantu dengan ciri Audio Zoom. Apabila diaktifkan, audio rakaman video akan lebih kuat setiap kali zoom masuk dibuat.

https://www.youtube.com/watch?v=kuDsZUaEq-g

Sunting video terus didalam OPPO Reno2

Apa lagi yang boleh dilakukan pada OPPO Reno2? Menyempurnakan lagi pengalaman mengambil video pada peranti ini adalah perisian suntingan yang disediakan iaitu SoLoop. Kerja-kerja suntingan lebih mudah kerana anda tidak perlu mengharungi proses pemindahan yang memakan masa lama kerana semunya dilakukan didalam OPPO Reno2 sendiri.

https://www.youtube.com/watch?v=ttB9iImXz8w

Alat suntingan video ini mampu mengesan video yang disimpan didalam peranti dan memberi pilihan template klip video bersesuaian dengan rakaman tersebut secara automatik.

Waktu malam bukan masalah untuk Reno2



Anda pasti tahu kebanyakkan telefon pintar agak sukar mengambil gambar waktu malam yang baik. Menambahbaik sistem kamera OPPO Reno2 adalah mod Ultra Dark yang berusaha memberikan lebih perincian objek  pada waktu pencahayaan rendah. Gambar lebih jelas dan bersama kemampuan AI peranti ini, ia tidak akan membataskan idea kreatif anda.



Dan tidak melupakan prestasi Zum Hibrid 5x dan 20x Digital zum yang sangat berguna untuk konsert, parti dan banyak lagi. Semua mungkin dengan teknologi gabungan kombinasi kanta zum, termasuk lensa sudut lebar, kamera utama, dan lensa fokus panjang, dengan masing-masing panjang fokus bersamaan 16mm, 26mm dan 83mm.

Selain daripada itu, lensa 8MP sudut lebar ini juga berfungsi membuat rakaman makro. Bukan setakat boleh rakam lebih jauh, malah lebih dekat perincian sesuatu objek itu kepada penonton.

Sunlight Screen AMOLED

Proses rakaman boleh terganggu sekiranya skrin paparan gagal menyampaikan kandungan yang jelas dimata, terutama sekali ketika penggunaan dibawah sinaran matahari. Sebagai penawar kepada masalah itu, ciri Sunlight Screen tersedia untuk membantu.

Skrin AMOLED yang siap terpasang pada panel hadapan dipertingkatkan lagi prestasinya untuk penggunaan kawasan luar dengan kecerahan yang tinggi. Disamping itu ia turut menjimatkan penggunaan kuasa sehingga 6% selain memanjangkan lagi jangka hayat paparan kepada 50%.

https://www.youtube.com/watch?v=7ZmctzfuUO8

Jika dibandingkan dengan keluaran pertama Reno dahulu, penggunaan paparan waktu gelap dilindungi dengan blue light filter untuk mencegah ketidakselesaan pada mata pengguna. Untuk makluman, paparan Reno2 turut diiktiraf TUV Rehinland.



Dalam erti kata lain, skrin Reno2 telah terbukti  mampu mengurangkan kemungkinan risikod ketegangan mata, bukan sahaja dengan mengurangkan cahaya biru, tetapi juga menggunakan paparan bebas kelip (flicker free) dan langkah-langkah lain yang menyelesakan pandangan mata kepada paparan.

OPPO Reno2 turut dihuni spesifikasi baik

Memahami kehendak pengguna sekarang, OPPO Reno2 dipersiapkan dengan kelengkapan berkuasa yang lain. Antara komponen penting yang disertakan pada peranti ini adalah RAM 8GB berpasangan dengan memori dalaman 256GB. Cukup besar untuk menyimpan segala rakaman video dan foto berkualiti tinggi anda.



Tidak cukup dengan itu, memperkuatkan lagi penawaran ini adalah penggunaan cip pemprosesan Snapdragon 730G serta ciri Hyper Boost 2.0, memberikan prestasi terbaik saat permainan mudah alih dimainkan. PUBG Mobile atau Call of Duty Mobile? Tiada masalah.



Bateri berkapasiti 4000mAh pula ditugaskan untuk menjana peranti dengan daya pengecasan pantas VOOC 3.0 20W menjadi pelengkap kepada OPPO Reno2. Dengan bateri sebesar ini disamping sistem dalaman yang dioptimumkan, peranti mampu bernyawa lebih lama.

Harga jualan dan dimana anda boleh dapatkan OPPO Reno2?



Ditawarkan dengan dua pilihan warna menawan, Luminous Black serta Sunset Pink, OPPO Reno2 dijual pada harga RM2299, ia boleh didapati di setiap kedai konsep OPPO dan pengedar rasmi seluruh negara.



OPPO Reno2 ini juga dilengkapi dengan teknologi dwi wifi yang boleh menyambungkan kepada dua Hotspot berbeza untuk mengakses Internet. Rangkaian dua hotspot dua hala ini berfungsi secara serentak untuk memilih isyarat optimum bagi menjadikan sambungan yang lebih baik. Sebagai contoh, hotspot 2.4G dan hotspot 5G ini boleh menggunakan frekuensi yang berbeza tanpa sebarang gangguan sekaligus membolehkan anda untuk menerima dan menghantar data secara bebas.

OPPO Reno2 berharga RM2,299 manakala Reno2F berharga RM1,599. Pengguna boleh membeli OPPO Reno2 mereka di OPPO Concept Store, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau dalam talian di Laman Web Rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang di Lazada atau Shopee; dan rakan kedai Rangkaian OPPO Senheng, senQ, dan DirectD.

OPPO Reno2 berharga RM2,299 manakala Reno2F berharga RM1,599. Pengguna boleh membeli OPPO Reno2 mereka di OPPO Concept Store, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau dalam talian di Laman Web Rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang di Lazada atau Shopee; dan rakan kedai Rangkaian OPPO Senheng, senQ, dan DirectD



Sejak hari jualan pertama OPPO Reno2, OPPO Malaysia bukan sahaja mencapai rekod jualan yang hebat di kedai jualan rasmi dan dalam talian, tetapi juga di platform rakan telekomunikasi mereka termasuk Celcom, Digi dan Maxis.

Ini sebahagiannya disebabkan pelan mudah alih yang berpatutan yang disalurkan kepada O-Fans. Reno2 kekal No.1 kedudukan telefon pintar dalam harga RM2,000 dan RM2,300 di kedai-kedai telekomunikasi utama, iaitu Celcom, Digi dan Maxis.

Sokongan dari pelan pakej yang hebat dari rakan kongsi telekomunikasi Celcom, Digi dan Maxis juga menyumbang kepada pencapaian rekod jualan hebat OPPO Reno2. OPPO bekerja dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan Maxis, Celcom dan Digi untuk membentangkan tawaran terbaik kepada pengguna kami.



Kini dengan Maxis, anda boleh membeli OPPO Reno2 terbaru dan dapatkan satu lagi OPPO Reno2 secara percuma dengan melanggan pakej  Maxis Zerolution.

Dengan mendaftar untuk Zerolution Buy 1 Free 1 dengan talian RM158 + RM48 talian kongsi bersama dan 99 pelan ansuran bulanan, anda boleh mendapatkan dua telefon Reno2 dan Beg Reno Eksklusif bernilai sehingga RM199.

Selain itu, anda akan mendapat ansuran peranti 3 bulan secara percuma, pengguna yang berminat dan pembeli boleh melawat laman Maxis untuk mengetahui lebih lanjut.



Bagi pengguna Celcom, dapatkan OPPO Reno2 anda secara PERCUMA dengan ‘Celcom Mobile Platinum Plus Plan’ a dan Reno Exclusive Bag. OPPO Reno2 juga boleh didapati dengan pelan Celcom EasyPhoneTM serendah RM52 / bulan. Sila lawati laman Celcom untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran terbaik untuk anda.



Digi pula mengeluarkan OPPO Reno2 dengan bayaran bulanan ALL-IN terendah di Digi PhoneFreedom 365 pada RM68 + Bulanan pelan RM90.

Nikmati RM0 pendahuluan, Internet 0% kadar interest  dan 30GB + 100GB YouTube. Bergegas ke outlet Digi terdekat dan melanggan pelan terendah di bandar dan menerima beg eksklusif Reno bernilai RM 199 secara percuma. Sila lawati laman Digi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran terbaik dengan Digi.

Artikel ini dibawakan oleh OPPO Malaysia.