Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
7Pro Magic OS Upgrade

MagicOS 9.0 Tiba Di Malaysia Pertengahan Disember 2024 Untuk Lima Peranti Ini

Diterbitkan November 25, 2024 oleh Rushsyafizal

Sistem pengoperasian terbaharu daripada HONOR, MagicOS 9.0, bakal hadir untuk peranti andalan Magic terpilih di Malaysia bermula pertengahan Disember 2024.

Antara peranti yang akan menerima kemas kini ini termasuk HONOR Magic6 Pro, HONOR Magic6 RSR, HONOR Magic V2, HONOR Magic V2 RSR, dan HONOR Magic V3. Pengguna boleh memuat turun kemas kini ini melalui menu settings peranti.

Sebagai sistem AI diperibadikan pertama dalam industri, MagicOS 9.0 bukan sahaja memperkenalkan ciri-ciri AI baharu tetapi juga tersedia untuk beberapa model HONOR lain yang layak.

HONOR Magic7 Pro, yang baru sahaja dilancarkan di China, hadir dengan MagicOS 9.0 serta pelbagai ciri AI menarik.

Ciri Magic Portal 2.0 – circle to anything memudahkan pengguna membulatkan teks atau objek dan menyeretnya ke bahagian tepi skrin untuk tindakan pantas. Sama ada untuk pelayaran, perkongsian media sosial, atau membeli-belah, segalanya menjadi lebih lancar.

Selain itu, pengguna kini boleh mencipta karektor maya yang diperibadikan. Magic Avatar mampu diselaraskan dengan status pengguna dan berinteraksi secara interaktif, menambah elemen menyeronokkan pada pengalaman penggunaan.

AI Notes Summarize, ciri ini secara automatik meringkaskan artikel panjang kepada isi-isi penting, memudahkan pengguna memahami idea utama dengan lebih pantas.

Sementara, AI Translation menyokong sehingga 11 bahasa, termasuk bahasa Malaysia, ia menawarkan terjemahan masa sebenar yang cekap, menghapuskan halangan bahasa untuk komunikasi lebih mudah.

Oleh yang demikian, sekiranya anda pengguna peranti andalan HONOR, boleh mencuba MagicOS 9.0 tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • MCMC Diminta Teliti Saluran Notis Bencana Tanpa Perlu Melalui SMS - Fahmi
  • Waspada SMS Penipuan Berkaitan Lesen Memandu - JPJ
  • Indonesia Mahu Pelaburan Lebih Besar Untuk Tarik Larangan Jualan iPhone 16
  • [Kemas Kini] Maybank: Perkhidmatan DuitNow Transfer, DuitNow QR Ke Bank Lain Tergendala Sementara Waktu

Sumber: Siaran media HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY