Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_nov 2024

MCMC Diminta Teliti Saluran Notis Bencana Tanpa Perlu Melalui SMS – Fahmi

Diterbitkan November 25, 2024 · Dikemas kini November 25, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata saluran notis bencana itu perlu bertindak dengan fungsi amaran menerusi telefon bimbit individu (push notification) seperti yang diguna pakai oleh beberapa negara.

Kalau di Korea Selatan dan Jepun, apabila bencana berlaku, telefon bimbit secara automatik akan mendapat amaran bukan SMS tetapi ia (amaran) akan muncul pada telefon bimbit kita dan aplikasi ini sangat pantas. Saya dapati kita perlu teliti supaya sekiranya ada keperluan untuk memberi amaran selain siren yang berfungsi.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata penelitian untuk mengguna pakai notis bencana itu sebagai langkah membantu penduduk menghadapi sebarang bencana, terutamanya di kawasan yang berisiko sekali gus mencegah sebarang perkara tidak diingini.

Menurutnya, notis tersebut boleh dimanfaatkan di negara ini dengan diselaraskan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

MCMC, katanya dijangka menyiapkan penelitian mengenai perkara itu dalam tempoh sebulan.

Berkaitan

  • Sistem Pintasan Kecemasan Menerusi Telefon Pintar Akan Diteliti - Fahmi
  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • NADMA Wujudkan Sistem Hebahan Amaran Awal Banjir Melalui SMS
  • JENDELA Fasa 2 Bakal Dirombak Kerana Fasa 1 Mengecewakan - Fahmi

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: Kementerian Komunikasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY