macOS Terbaru Kini Dikenali Sebagai macOS Big Sur

macOS iaitu sistem operasi utama bagi barisan komputer Apple Macintosh  kini dikenali sebagai macOS Big Sur.

Apple menayatakan bahawa, ia merupakan versi macOS dengan reka bentuk antaramuka yang baru dengan mengekalkan legasi sejarahnya.



Menurut Apple, ia merupakan perubahan terbesar bagi sistem operasi ini sejak macOS 10. Dari reka bentuk antaramuka, jelas banyak diinspirasikan daripada reka bentuk antaramuka iOS. Antaranya adalah Control Center yang membolehkan pengguna melaras kecerahan serta mengaktifkan butang Do Not Disturb.



Antara aplikasi utama macOS yang menerima penambahbaikan adalah aplikasi sembang Messages dan Aplikasi Maps di mana ia menerima semua ciri yang diperkenalkan dalam iOS 14.

Aplikasi pelayar sesawang Safari juga didakwa Apple kini 50% lebih pantas berbanding Google Chrome.