Apple Umumkan iOS 14 Dengan Pelbagai Ciri Baru

Apple hari ini mengumumkan sistem terbaru bagi iPhone iaitu iOS 14. Antara perubahan paling ketara dalam iOS 14 berbanding versi iOS sebelum ini adalah reka bentuk antaramuka Home Widget dan ciri Picture-in-Picture.



Selain itu, sebahagian aplikasi yang dipaparkan adalah lebih besar daripada yang lain di mana aplikasi yang paling kerap digunakan berada di bahagian paling atas.

Pengguna boleh memilih aplikasi yang menjadi keutamaan mereka untuk dipaparkan sekaligus memudahkan ia diakses pengguna.


Tambah baik pada Siri

Siri iaitu ciri arahan suara iOS juga ditambah baik di mana pengguna kini boleh meminta siri menghantar mesej audio atau merakam secara automatik.

Menerusi aplikasi terbaru iaitu 'Translate', Siri kini mampu mengalih dan berinteraksi dengan 11 bahasa lain secara luar talian pada masa nyata.

"Translate will make communicating between languages easier than ever before." Apple.
Apple juga menambah baik lagi aplikasi sembang Messages

Antara ciri baru dalam Messages adalah ciri pin pada ruang sembang, serta lebih daripada 20 rekaan Memoji baru.



Beli iPhone di –
Lazada: https://invol.co/clpdy2

Berkaitan