Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
macOS Mojave Versi Beta Awam Kini Sedia Untuk Dimuat Turun

macOS Mojave Versi Beta Awam Kini Sedia Untuk Dimuat Turun

Diterbitkan Jun 27, 2018 · Dikemas kini Jun 27, 2018 oleh Haikel Areff

Apple telah memperkenalkan macOS versi baharu iaitu macOS Mojave sewaktu Apple Worldwide Developers Conference 2018 yang lalu. Hari ini, macOS Mojave versi beta awam sudah dikeluarkan.

mojave 2

Sistem baharu ini akan memberi kelainan kepada pengguna Apple kerana ciri dan fungsi baharu dilengkapi dengan tema gelap, rekaan baru App Store, ciri Stacks yang telah dikemas kini di desktop, tambahan Gallery View di Finder, mengemas kini alat tangkapan skrin dan banyak lagi. Pengguna komputer riba Apple yang mendaftar Apple’s Beta Software Program sudah boleh merasai sistem operasi Mojave.

macOS Mojave Versi Beta Awam Kini Sedia Untuk Dimuat Turun
Tema gelap pada desktop
group stacks
Ciri Stacks yang telah dikemas kini.
macOS Mojave Versi Beta Awam Kini Sedia Untuk Dimuat Turun
Jika ciri Stacks dibuka, semua fail akan tersusun mengikut jenis fail secara automatik.
macOS Mojave Versi Beta Awam Kini Sedia Untuk Dimuat Turun
Butang Gallery View di Finder

Pengguna diingatkan bahawa sistem operasi Mojave ini masih versi beta. Oleh itu, tidak semua kemas kini akan berfungsi dengan lancar. Pengguna berkemungkinan akan menghadapi masalah pepijat dan crash.

 

Sumber 1

Sumber 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY