Pengedar sah produk Apple di Malaysia, Machines hari ini secara rasminya membuka stor mereka yang ke-50 di IOI City Mall (fasa 2), Putrajaya.
Ia terletak di LG-211 dan menawarkan tawaran khas hingga 28 Ogos 2022 di mana 50 pelanggan terawal setiap hari akan mendapat baucar RM50 apabila membeli mana-mana peranti Apple.
Baucar ini boleh digunakan untuk membeli aksesori bukan Apple dengan perbelanjaan minimum RM150.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, anda boleh ke laman rasmi Machines di Facebook.
Sumber: Siaran Akhbar Machines
