Melalui cip terbabit, ia menjanjikan kelajuan pemprosesan sehingga 2.9GHz yang mana lebih laju berbanding keluaran terdahulu tetapi satu video yang dimuat naik di YouTube menyatakan sebaliknya.
Video berdurasi 5 minit 44 saat yang dimuat naik oleh David Lee itu menjelaskan bahawa model terbabit cepat panas hasil dari pemprosesan cip berkuasa tinggi itu.
https://www.youtube.com/watch?v=Dx8J125s4cg
Umum mengetahui kebanyakkan komputer akan melakukan throttling yakni merendahkan kelajuan CPU apabila ia panas untuk mengelakkan kerosakan, tetapi pada MacBook ini ia kelihatan agak teruk.
Tiga jenis komputer diuji bersama iaitu, MacBook 15 inci (2017) dengan cip i7, MacBook 15 inci (2018) dengan cip i9, dan sebuah lagi adalah komputer yang mengoperasikan Windows iaitu Gigabyte Aero 15X dengan cip i7.

Lee menguji prestasi komputer riba itu dengan melakukan video rendering menggunakan perisian Adobe Premiere dan beberapa saat setelah dijalankan, frekuensi CPU dilihat pada kadar 2.2Ghz sahaja.
" Pemproses i9 di MacBook ini tak mampu menjalankan base clock speed pada kadar 2.9GHz. Lupakan saja tentang ciri Turbo Boost." jelas Lee dalam videonya.
Lee berpendapat ia terjadi disebabkan rekaan MacBook Pro ini tidak mempunyai ruang saluran udara yang sempurna menjadikan komponen dalaman terlalu cepat panas lantas membantutkan prestasi sebenar cip generasi ke- 8 itu.

Ujian kedua dilakukan dan kali ini Lee meletakkan komputer yang sedang menjalankan proses suntingan video itu di dalam ruang sejuk beku. Hasilnya agak mengejutkan kerana proses tamat lebih awal daripada yang pertama.

Masih awal lagi untuk membuat kesimpulan berkenaan hal ini kerana ia diuji pada satu jenis perisian sahaja. Mungkin prestasi sebenar dapat ditunjukkan pada perisianyang lebih optimum dijalankan pada MacOS.
Sumber: Mobile Syrup
Berkaitan
- Xiaomi Dalam Proses Mengeluarkan Mi Band 3
- GIGABYTE Bawa Masuk Laptop Aero 15 Classic Dan Aorus Untuk Pasaran Malaysia
- realme Buds Wireless Pro Dapat Pengesahan SIRIM, Mungkin Dilancarkan Tidak Lama Lagi
- Promosi Streamxy Terbaru Dengan Kelajuan 4Mbps Dan 8 Mbps Mula Kelihatan
- Senarai Potongan Harga Barangan realme Sempena Promosi 8.8
- Go Pro Tidak Akan Keluarkan Dron Lagi Selepas Ini
- TNB Akan Mulakan Projek Rintis National Connectivity Plan Di Melaka
- Apple Umum iPad Air Dan iPad Mini Dikuasakan Dengan Cip A12 Bionic
- Intel Perkenal Cip Generasi Ke-11 Siri H Untuk Laptop Gaming Yang Lebih Power
- Nokia Lancar 5 Buah Telefon Di Acara MWC 2018