Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kos Pengeluaran Makin Tinggi, Apple Mahu ‘Mahalkan’ iPhone 14

Posted on Januari 13, 2022Januari 13, 2022

Pada tahun ini, Apple seperti biasa dijangka akan memperkenalkan iPhone 14 terbaharu sekitar bulan September-Oktober.

Terkini mengikut ura-ura, iPhone 14 akan dipasarkan lebih mahal dari iPhone 13. Menurut perkongsian LeaksApplePro, iPhone 14 akan dijual bermula harga $799 dan model paling premium pula pada $1199.

Jika dibandingkan dengan siri iPhone 13 sebelum ini, sebagai perbandingan, ia dijual pada harga $699 manakala model Pro Max pula adalah $1,099.

14: $799
14 Max: $899
14 Pro: $1099
14 Pro Max: $1199

Apple is currently considering this.

Production costs are increasing and there has to be more than a $100 difference between the 14 Max and the 14 Pro.

Makes sense to me and wouldn’t expect changes.

Will keep you updated.

— TheAppleWire (@TheAppleWire) January 9, 2022

Ini bermakna terdapat peningkatan sebanyak $100 (RM417.45) daripada iPhone 13 kepada harga ura-ura iPhone 14 nanti.

Ditanya mengenai alasannya, ia berpunca dari kos pengeluaran dan pembuatan telefon yang semakin meninggi – ditambah pula dengan kadar inflasi tinggi di Amerika Syarikat.

Tambahan lagi, beliau turut mengatakan bahawa Apple seakan ‘tekad’ untuk menaikkan harga iPhone 14 bagi mengekalkan kadar keuntungan seperti iPhone-iPhone sebelum ini.

Namun begitu, ini hanyalah sekadar ura-ura memandangkan pelancaran iPhone 14 pun lama lagi.

Tetapi untuk menolak kemungkinan bahawa iPhone 14 akan menjadi lebih mahal pun sukar juga disebabkan kos pengeluaran mana-mana produk di seluruh dunia turut makin tinggi.

Sumber: LeaksApplePro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress