Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple watch se

Apple Watch Series 6 Dijual Bermula RM1749, SE Pula Bermula RM1199 – Boleh Mula Dibeli Hari Ini

Diterbitkan Oktober 15, 2020 · Dikemas kini Oktober 15, 2020 oleh Meor Hasyim

Seperti yang dijanjikan, Apple Malaysia kini sudah mula membuka pra-tempahan untuk Apple Watch terbaharu Series 6 dan juga Apple Watch SE.

Harga Jualan Apple Watch Series 6

Apple Watch Series 6 merupakan jam pintar terkini dari Apple membawakan fungsi kadar pemantauan oksigen dalam darah, cip S6 dan juga fungsi paparan sentiasa hidup.

apple watch

Untuk Series 6, harga permulaan adalah dari RM1,749 dengan variasi model-model lain:

  • 40mm GPS – RM1,749
  • 40mm GPS + Cellular – RM2,199
  • 44mm GPS – RM1,899
  • 44mm GPS + Cellular – RM2,349

Harga Jualan Apple Watch SE

Manakala Apple Watch SE pula merupakan versi lebih mampu milik. Ia boleh dikatakan seperti sebuah Series 5 namun tiada fungsi ECG dan juga kadar pemantauan oksigen dalam darah.

Screenshot (94)

Untuk harga jualan, ia adalah bermula dari:

  • 40mm GPS – RM1,199
  • 40mm GPS + Cellular – RM1,449
  • 44mm GPS – RM1,349
  • 44mm GPS + Cellular – RM1,599

Jika ada yang kurang bajet namun masih mahu memiliki Apple Watch, anda boleh mendapatkan Apple Watch Series 3 dengan harga bermula RM849.

Pembelian boleh dilakukan melalui laman rasmi Apple Malaysia dan juga pengedar-pengedar lain yang sah.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY